Hey Awak .

Hai.

Harini dah 30 July. That's mean esok dah 1 August. Puasa. Best sangat bila dah nak puasa. First sebab boleh gather dengan family. Berbuka sekali.

Sekarang dah jarang sangat update enn? Kalau tak dulu tiap tiap hari. Bukan takmau update, tapi malas sikit. Dengan masalah bertimbun. Ramai jugak yang tanya kenapa tak update. Sori lah adik adik kakak kakak abang abang. Busy sikit lahh.

Kay, terharu jugak lah bila ramai yang cakap dorang selalu blog walking dekat blog aku, baca semua entry aku. Seriously aku rasa entry aku agak boring. Tapi tak sangka dapat compliment dari readers. Thanks readers. Teruskan baca blog kitee yee awak :D

Susah kan bila orang yang pernah hadir dalam hidup kita, datang balik cari kita? Dulu dibuangnya kita jauh jauh. Kita macam dah tak berguna bagi dia. Macam sampah bagi dia. Bila dia dah ada orang lain, kemain dia maki maki kita depan buah hati dia tuh. Tapi sekarang, bila dia dah tak leh nak go on dengan sayang dia tuh, dia cari kita pulak enn?

Masa ni ;ah dia nak nyesal cakap buang kita dulu. Masa ni lah dia nak puji puji kta, ambik hati kita balik. Ehh cik abang. Hati saya tak murah.

Hurm, dah pening. Nak balik kampung. Tenangkan fikiran. Kbye
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Silence is Golden .

Assalamualaikum.

Hari nie hari jumaat. Lagi tiga hari nak start puasa. Tak sabar benorr. Selalunya bulan puasa memang best sebab boleh kuruskan badan. Tapi aku suka bulan puasa sebab ada bazar. Heee. Aku nie suka berjalan. Tapi tak suka shopping. Pelik enn? Selalu orang cakap, bulan puasa nie bulan nak tambah pahala. So, kurangkan dosa tambahkan pahala :D

Okay, tajuk entry aku kali ni silence is golden. Sebabnya aku tengah geram dan bebal tapi aku diam. Bagi aku dalam hal nie aku tak perlu bersuara. Bimbang nanti benda jadi lebih teruk. Kalau dah gaduh, nanti mesti teruk. Tak ke gitu?

Kali ni biarlah kepala aku dipijak. Actually dah berkali aku rasa. Tapi takpelahh, aku diam tak bermakna aku iyakan aja semua. Selalunya orang yang diam someday akan meletup. Bila dia dah meletup, haaaa. Jangan cakap apa sebab masa tu memang rancak ah. Aku ni bukan jenis yang diam sangat. Tapi sekarang aku rasa macam aku berubah ke arah tu.

Eh awak, pijaklah kepala kita selagi awak boleh pijak eh? Mane tahu nanti kita dah takde awak dah tak tahu nak pijak kepala sape lagi enn. Kita ni enn bodoh, ikot je awak cakap. Lagipun kita ni takde lah hot macam awak.

Haha, rancak pulak lah enn?

Eh, ape kes minah sorang nie block aku? Tulah, mencapub lagi. Dah cari pasal dengan aku, dapat lah habuan. Kan dah kena bahan dengan aku. Cari pasal lah lagi. Aku memang suka orang cari pasal dengan aku. Heyy budak baru nak up, jangan ingat aku tak tau lah perangai kau. Tak payah nak berlakon baik sangat lah kan? Tulahh, tipu orang lagi sampai kawan baik kau pun dah tanak kawan kau. Kesian dia dohh kena tipu bertahun dengan kau.

Kau tikam belakang aku, pijak kepala aku. Aku diam. Sebabnya? Silence is Golden. Kalau aku gaduh dengan budak baru nak up macam kau, same jehh aku dengan kau. Jangan nak naik kepala sangat lah kan. Karang aku ceramah kau baru tahu langit tinggi rendah. Dah rasa hebat sangat lah dapat pijak kepala senior kau ni? Takot aku baca semua entry? Kesah lah pulak enn.

Sedar sikit. Kau PMR tahun ni. Kurangkan lahh carik pasal dengan orang. Memula memang kau baik jeh dengan aku. Tak sangka pulak baik ada sebab. Haha. Pegi mamm ah kau !

Kbye
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Saya budak bermasalah?

Assalamualaikum.

Hari ni nak bahasakan diri 'saya'. Takdak sebab pun. Saja nak menggatai menggedik bahasakan diri saya. Nampak comel sikit kan kan?

Okay, memula nak cecita pasal kemarin. Kemarin masa assembly macam biasa ada sportcheck. Saya? Erghhh, tergolong dalam orang yang terkena lah. Memang selalu sangat dah pun kena. Banyak hal. Haha. Kemarin kena sebab anak tudung hitam. Pftttt, anak tudung hitam pun tak boleh pakai kee? Takkan pakai tudung hitam nak pakai anak tudung putih kot? Pelik sangat lah kann. Lepastu saya dengan penuh rasa bangga pi ahh beratoq kat belakang tu. Mak aii, ramai jugak yang kena.

Lepastu prefects suruh tules nama. Alahh, tules jalahh. Famous sikit >.< lepas tules tu, berdiri sampai habes assembly. Lepastu kena panggil. Memang banyak ahh kes. Ada yang pakai ada tudung half, ada yang sebab pakai kaler hitam, ada yang tak pakai langsung, ada yang sebab smartcard, ada yang sebab kuku panjang. Saya? Ouhh, mestilah pakai anak tudung hitam dan half. Hikhok >.<

Lepastu, saya diperli padat padat oleh cikgu. Sekali lagi saya scan nama kamu dalam e-disiplin, saya sendiri akan uruskan pertukaran sekolah kamu. Pergi sekolah yang peraturannya sama macam kamu nak. Wahhh, kalau ada dah lama saya pegi lah cikgu :)

Tadi pulak kena lagi. Alasannya, tudung singkat. Dah bertahun saya pakai tudung macam tu tapi tak pernah kena apa apa pun. Buat pertama kali dalam masa empat tahun saya kena tadi. Di torture nya saya depan orang ramai dalam surau. Perghh, bukan semua orang boleh kena macam tu enn? Awak ada? Hihi. Alahaii cikgu yang lagi comel, takkan sebab saya banyak buat kesalahan disiplin yang agak kecil tuh, cikgu nak pandang saya jahat kot? Agak agak lah cikgu.

Tapi apa apa pun, tak dinafikan memang tu semua kesalahan saya. Saya sendiri cari masalah. Last last jadi bahan. Memang padan lah muka saya. Tapi sekarang saya dah tak pakai stokin pendek dahh. Saya dah jadi baik sikit dah cikgu :)

Saya tak berdendam dengan cikgu. Sumpah tak. Memang mula mula saya tension sikit. Tapi buat apa simpan dendam kan? Saya taknak mention nama cikgu tu. Nak tau tak? Dia salah seorang cikgu yang paling saya sayang tau. Serius :D

Dekat luar kelas, perangai dia berbeza dengan dalam kelas. Dalam kelas, dia sangat sporting. Sangat best. Boleh buat semua orang lupa masalah. Buat semua orang tersenyum. Saya suka belajar dengan dia. Saya taknak berdendam dengan dia sebab saya sayang dia. Dia cikgu yang paling best. Cikgu A, sayang cikgu sangat lahh :))

Adik pi kedai,Kbye
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Hari yang menguji segalanya.

Sebaiknya mulakan semua dengan memberi salam.
Jadi, Assalamualaikum.

Aku dalam keserabutan lagi. Ya, tengah banyak probs. Semalam aku berjaya jugak lepaskan geram dekat budak yang memang tak pernah nak faham bahasa yang aku cakap. Apakah? Bukannya aku bercakap bahasa Alien dari planet Marikh atau Pluto. Sesungguhnya aku bercakap dengan dia menggunakan Bahasa Melayu yang indah lagi sedap didengar nie. *Ceyyceyy, cikgu BM aku dengar confirm bangga nih :D

Sorry lah bang. Aku dah pernah cakap yang aku tak suka text dengan orang yang aku tak berapa kenal nih. Tapi kau tergedik-gedik jugak texting aku enn? So bila aku tak reply, kau memarah aku mengalahkan mak bapak aku marah aku. Bila aku selalu cakap aku takde credit, kau nak menyumpah bagai cakap aku selalu takde credit, texting dengan orang lain. HAHA, kesah pulak aku enn?

Ouhh, FYI, aku ade credit. Banyak lagi kot :D Just aku taknak text dengan kau. Bila aku cakap aku taknak text, kau tak pernah nak faham bahasa aku yang molek nie kan? Jadi terpaksalah aku guna cara yang jahat lagi kejam dan kurang ajar sikit enn. Dan semalam, aku puas. Puas sangat sebab dapat memarah kau macam yang kau marah aku, maki maki aku. Nahhhh, serve you right.

Okay, malas dah nak bebel banyak pasal kau. Harap sangat kau baca entry nie.

Tadi aku online, aku pergi tengok profile dia. Ohmaigodd, mane pergi relationship tuh? Bapak berderai jantung aku :'(

Memang dua tiga hari ni aku ignore dia. Semua sebab aku ada probs. Tapi tak sangka sampai jadik centu pulak enn. Hurm. Kaylahh. Maybe aku dah banyak sakedkan hati dia, maybe aku selalu buat dia marah. Aku selalu kecewakan dia. Mintak maaf bebanyak lah kepeng. Orang bukan yang terbaik untuk dia.

Buat sekarang nie orang taknak story apa probs orang. Tak ready lagi. Tapi please lah, jangan cakap orang bukan bukan. Sedih tau :'(

Taknak cakap banyak. Sebak pulak bila masuk hal nie. Kbye
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Keserabutan.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang, hidup tak seindah yang diimpikan. Usaha yang keras membuahkan hasil yang sangat memuaskan. Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita dah buat salah. Kita tak sedar yang keputusan kita akan membuatkan kita menyesal, kita fikir yang benda tu yang terbaik untuk kita, sedangkan tidak. Dan bila kita dah dapat hasilnya, kita sendiri kecewa, menyesal dengan keputusan yang dibuat.


Begitu juga aku. Benda yang dah jadi, dah tak boleh patah balik. Nie keputusan yang diambil, aku kena akur. Akur dengan keputusan sendiri. Bila difikirkan balik, menyesal tak sudah. Itu pentingnya berfikir sebelum mengambil tindakan. Jangan salahkan orang lain bila keputusan yang kita buat tue mengecewakan kerana semua tu keputusan sendiri. Jangan salahkan takdir atas apa yang berlaku. Pengalaman mematangkan.

Allah maha adil. Mungkin ada sesuatu di sebalik kekecewaan. Tapi, nie semua pengajaran. Berhati-hatilah sebelum membuat keputusan. Bila hati berbelah bagi, bila kecelaruan menguasai, semuanya jadi kacau. Otak jadi serabut, kepala jadi sakit, hati jadi tak tenang dan dada rasa semput. Tak dinafikan, dalam hidup kita perlu memilih. Kalau diikutkan, semuanya perlu ada pilihan. Semua benda perlu dipilih. Tanpa disedari, pilihan yang dibuat menentukan jalan selepas ni.

Mungkin ada yang tak faham dengan entry aku kali ni. Mungkin ada yang faham. Aku cuma nak menyatakan yang mood aku tak berapa elok dalam dua tiga hari ni. Jadi kalau aku termaki atau terhamun sesapa, aku mintak maaf. Aku cuma manusia yang tak lari dari melakukan kesilapan.

Aku cuma perlu membuat pilihan sekali lagi. Ya allah, bantulah aku
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

What Goes Around comes Around

Hey.

Kemarin Hari Sukan skola aku. SMKSB. Aku? Incharge untuk bawak KRS dan acara final 100m dengan 4x100m. Kay, kami keluar kelas awal. Lepas rehat dah keluar. Pergi set barang, aksesori, drill semua. Even keluar awal, tapi masa tetap tak cukup. Yelah, majoriti junior. Nak kena ajar pakai drill bagai. Memang benda tue yang paling aku benci. Menyakitkan tangan dan jari aku yang comel comel ni.

Dah dekat pukul 2 lebih, kami gerak pergi padang. Ambik tempat. Aku memberi harapan buat kali terakhir. Terpaksa menyedapkan hati sendiri even aku tau benda akan jadi lain. Yelah, baru 3 minggu training. Mana nak dapat catch up. Aku cakap, buat yang terbaik. Kita perlukan benda nie memandangkan kami semua dah dipinggirkan. Serius macam shit. Padahal selama nie kami yang banyak bagi sumbangan.

Senior senior semua turun tolong. Depa pn simpan harapan kebih kurang macam aku jeaa. Tapi takpaa, dah takda rezeki. Aku akan cuba untuk daerah tahun depan. Aku akan pastikan aku buat yang terbaik. Badlishah akan naik number satu balik InsyaAllah. Aku akan tunjuk dekat depa depa yang buat kami macam tahi tu. Aku akan tunjuk kami pun boleh laaa.

Lepas habis kawad, sorang sorang budak aku down. Ada yang dah lembik nak pengsan. Aku pun kesian sangat. Pegi laa teman dia. Sampai aku tak sempat salin baju untuk acara final 100m. Acara tu acara first actually. Aku pun ganti orang jea time saringan tu. Taktau pulak dapat pi final. Haih, nasib nasib.

Lepas tu melilau sat. Tunggu kepeng dengan abang abang aku. Then bila depa dh sampai, aku ambik number and pi salin baju untuk acara 4x100. Nervous tu jangan cakap laa. Dah sampai event kami, kami pegi ambik tempat. Mula mula first runner dah ambik tempat. Yang kami ni tak sempat ambik tempat lagi, blower dah bunyi. Munya kalot cari tempat. Then lari jugak ahh. Aku memang dah elok leading dah tadi. Dah number satu dah.

Then bila dah habis, cikgu cakap kena buat lain. I was just like, Pffffft! Macam shiall. Orang dah letih letih, dah habes all out dah, tengok tengok kena buat lagi sekali. Depa cakap take five. Kami akan mula balik lepas L1.  Masa tue memang dah nanges ahh. Aku dengan Kak Seha memang dah down gegilaa ah. Letih kot. Aku dah la tak sempat nak sedut healer tuh. Memang cari maut ahh.

Bila dah nak mula balik, aku kuatkan semangat. Kak Seha cakap jangan fikir kalah menang, just habiskan. Try yang terbaik. Aku pun try ahh. Masa first runner tu lari, memang tak tinggal jauh ahh. Berbanding first round tadi, Kak Seha sebagai first runner memang tinggal runner runner yang lain jauh berganda. Tapi sebab letih kot dia takleh nak all out. Dah nak sampai kat aku, aku jadi nervous gila. aku memang all out ahh. Mula mula aku leading. Memang terbaik ah. Lepastu nak sampai dekat third runner, kena potong sikit. Kepeng cakap aku pancit terok.

Tapi alhamdulillah lah, kami dapat jugak medal even bronze. Janji dapat. Now, Hari Sukan is over. Waiting for MSSK. Aku nak pastikan yang gold medal dalam tangan aku. Aku mesti boleh. Aku kena yakin.

Buat adik adik KRS, and senior yang sebaya dengan aku. Sorry aku takleh buat yang terbaik. Aku takleh bagi hampa rasa menang. Tapi insyaAllah daerah tahun depan ada lagi. So kita try yang terbaik munya. Thanks sebab banyak support. Paling banyak buat keja aku dengan Zaty ahh. Thanks Zaty. Hang memang layak jadi ketua. Aku bersyukur hang yang dapat jadi ketua. Buat adik adik, hampa semua kena banyak belajaq lagi. Thanks for everything. Even aku banyak kali down, tapi aku yakin dengan KRS Putri :)

p/s: Nervous waiting for MSSK :D
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Kinda Great Day :D

Heyyy.

Kaykay, tadi blogwalking. Then pegi baca entry blog budak baru nak up nie. Meluat aku. Lantak hang lah hang nak cakab apa pun. Aku dengan life aku, aku bahagia. Hang boleh jalan. Sikit wa talak helan :D

Heee, nak setory setory pasal apa yang jadi sepanjang hari ni. Tadi pagi ada raptai. Aku tak sangkat suara aku boleh sekuat tue. Ohmygeeseeee. Cikgu yang incharge terkejut dengar suara aku. Wahaha, watlek ahh cikgu :D

Kawad still macam tahi. Aku agak penat dan meluat sebab semua pakat takmau bukak mulut timing. Aku humban sorang sorang dalam sungai baru ada akai. Tapi aku masih baik lagi nieee. Yang aku sangat pelik, masa nak masuk tue sumpah terok gila macam tahi. Tapitapi masa keluar, memang sumpah cantik. Apakah?

Dari masuk sampai keluar aku rasa aku dengan kawan kawan aku jaa yang timing pun -,-'. Masa dah sampai kat tempat yang sepatutnya, memang aku hangen. Aku basuh semua. Baru ada akai. Tapi enn, hangen munya pasal aku suro depa semua turun kawad petang tadi. Btw, memang dah improve. Sumpah cantik gila tadi. Congrats yeaaa adik adik. Nanti kawad macam tue lagi naaa :D

Lepastu tadi jumpa kepeng. Deret kena pangka jaa dengan kepeng. Tikam satgi kot baru ada akai. Yang Abang Long aku nie satu hal. Dok sakat sakat pulok. Last kena dengan aku. Haha, kena ligan sampai takleh balik. Tau punn. Ngaku pun diri tue pompuan. Jangan kawan dengan Isa woiiii. Dia ngaku dia pompuan. Wahaha. Sory lagi Abang Long :D

Adek Paeh pulakk dapat malu tadi. Atoi galas beg aku yang ada keychain angry bird tuhh. Then aku galas beg KRS yang ada banyak barang budak budak KRS. Dia ingat yang galas beg yang ada angry bird tue aku. Ahaha. Then dia panggil, anry bird ! Aku dengan Atoi kalih belah dia. Tengok tengok dia silap orang. Malu terus. Kesian hang adek :D

Hari nie banyak buat aku senyum. Aku harap hari macam ni terus ada dalam hidup aku :)

Adik pi kedai, Kbye
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Merapu Meraban.

Hai.

Aku happy, tapi aku sedih jugak. Aku penah cakap enn setiap kali aku happy mesti aku sedih? Kaykay. Firstly nak cakap pasal header. Tengok tengok? Header baru kot. Kay, aku tau tak cantik mana pun. Actually taknak guna header lama. Ada ahh sebab nya. Header tue orang yang buad kan. Orang tue pulak sekarang jadi orang yang paling aku. Err, faham faham lah en? So better aku buad header aku sendiri even tak cantik mana pun. Janji aku tak ingat dah dekat dia dengan budak shit sorang lagi tuh.

Okay, aku dengan kepeng dah baik. My bad, and his bad too. So everything is our own faults lah. Takde salah orang lain pun. Kitorang dah settle bebaik and we are togeder geder again. Jyeahh :D

Even kita tak buad, kita kena mintak maaf enn? But now, it is all our mistakes. Dia salah, aku pun salah. So what's wrong if we ask forgiveness from each other? Haiyooo. Isa pun dah okay dengan aku. Aku dah banyak buad dia mara ouhh. Hihi, sory yea Abang Long :)

Come to the sad part. Beliau dah pergi. Beliau pergi balik kampung macam tue jea. Aku dah minta maaf. Tapi aku tatau ape lagi salah aku. I missed her a lot. Aku dah cuba tanak fikir pasal semua ni. Aku nak biar dia sejuk. Sebab kalau aku fikir, nanti aku serabut. Aku tanak serabut lagi. Aku baru jea nak happy :'(

Tadi pergi kursus KPP. Ade minah sorang nie, bapak bajet ah. Aku dengan Ain memang banyak sabar jelah. Meluat pun ade gak. Abaikan. Dia tade kena mengena dengan hidup aku. Biar dia dengan life dia sendiri. Janji aku okay. And dia tak kacau aku. It's enaff.

Esok raptai first. Aku boleh buad tak? Boleh tak? Sumpah aku nervous. First time aku kena bawak platun 30 orang. Memang gentar macam siot. Aku harap aku boleh. Kbye.

Iloveyou Kepeng
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Taktahu nak letak title ape -,-

Assalamualaikum.

Kadang-kadang, hidup tak seindah yang kita impikan. Kadang-kadang, dugaan datang bertimpa. Tanpa kita sedar, dugaan tue yang menguatkan kita. Kita lemah, cuma bergantung kepada Dia. Dugaan yang datang tue Dia berikan mungkin kerana kita dah lama lupakan Dia. Mungkin Dia nak ingatkan, kita masih ada pegangan. Masih ada hala tuju hidup.

Bila orang berjanji dengan kita, jangan kita ambil serius. Kadang-kadang janji tu takkan ditepati sepenuhnya. Unless kita kenal dia betul-betul. Hargai orang yang selalu ada dengan kita. Bukan orang yang mencari kita hanya bila perlu. Ingat salah kita dekat orang. Bukan ingat baik kita dekat orang. Kebaikan yang ikhlas tak pernah menerima balasan. Itu kebaikan sebenar.

Jika kita punca masalah, minta maaf lebih baik dari berdiam diri. Jangan ingat orang lain punca semua masalah kita, kerana kadangkala masalah tu berpunca dari diri sendiri. Muhasabah diri, itu cara terbaik. Jangan jadi ego, kerana orang yang ego sangatlah rugi.

Hidup nie mengajar aku seribu satu erti. Erti kesabaran, erti kasih sayang. Dugaan yang datang mengajar aku tentang hidup. Orang-orang sekeliling aku banyak membantu. Banyak memberi aku semangat, kekuatan dan mengajar aku untuk lebih matang. Setiap kali aku lemah, mereka bantu aku untuk bangun. Pentingnya seorang ABANG dan seorang ADIK.

Saat aku dah lemah, aku sentiasa ingat aku masih ada Firdaus. Aku masih ada Farid. Aku masih ada Atoi. Dan yang penting, keluarga yang selalu ada dengan aku. Kata-kata semangat dari mereka memang membangkitkan. Maaf, benarkan aku bercakap sedikit tentang Farid.

Farid memang abang yang bertanggungjawab. Besarnya pengorbanan dia untuk adik-adik dia. Untuk aku. Setiap kali aku buat benda bodoh, dia mesti nasihatkan aku. Nasihatnya memang masuk akal. Memang memberi kesan sehingga aku menangis mendengar. Ya Allah berdosanya aku. Aku bersyukur kerana mengenali orang seperti Farid, Atoi dan Firdaus.

Atoi? Bagi aku, Atoi segalanya. Aku perlu kan dia sama macam aku perlukan family aku. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Ini bukan statement lesbian atau apa, tapi memang aku sayang dia. Dia selalu ada dalam susah senang aku. Dia tak pernah merungut mendengar semua cerita aku. Bagi aku, dia pelengkap hidup. Sebab aku tak pernah fikir yang aku akan ada adik macam dia. Sekarang dah lengkap hidup aku. Ada family, ada abang, ada adik dan ada kepeng.

Tak lupa jugak Syaz, Mira, Kimin, Azah, Fatin dan semua yang selalu ada dengan aku. Syaz, thanks sebab banyak bagi semangat dekat akak. Yang lain juga. Kamu semua penting sayangs. Sangatlah penting. Ingat, semua benda jadi ada sebab.

Mungkin semua nie pengajaran bagi aku. Yang penting, aku harus kuat. Aku harus berani untuk bina hidup yang baru dan melatih diri untuk jadi aku yang lebih baik. Aku harap hidup aku yang lepas nie akan jadi lebih baik. Insyaallah.
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Aku Dah Cukup Sabar.

Kayfine.

Tengah mengarang dengan pelbagai perasaan. Sedih, marah, sakit hati, tension semua ada. Aku salah lagi kali ni. aku melawan. Sorry. Tapi mama tak tau. Aku banyak sangat probs sekarang. Dan dia? Cuma berleter pasal benda yang aku tak pernah buat. Bila aku cakap aku tak buat, dia tetap cakap aku buat. Kalau aku sumpah? Makan penampar lah jawabnya. Okay, aku dengar.

Tapi sampai bila nak dengar? Kita tengah pikir pasal probs kita, dia tapena tahu pun. Tapena nak tanya pun. Ada dia tanya elok elok? Tak pun. Main serbu jea. Main cakap ikut sedap mulut jea. Memang aku tak patut cakap macam ni. Aku berdosa. Tapi aku? Ada hati. Ada jugak rasa sedih, sakit hati.

Dah orang cakap orang tapena buat tu, tapena laa. Kenapa nak cakap orang buat lagi? Kalau orang tau, orang tak balik pun tape lahh. Orang stay jea kad sekola tu. Tak balik. Baru tau ape orang rasa enn?  Baru stay kat sekola sampai petang, dah nak bising bising. Orang ade keje ahh. Orang gi kawad. Orang saringan, bukan nak cakap gudluck kea hape. Tapena amek tau pun. Betul tak?

Sorry ahh, orang kurang aja sikit. Orang dah simpan lame tahu? Orang tapena nak melawan terok pun sebelum ni. Bila orang diam, cakap orang buad. Tapi bila orang cakap orang tabuat, cakap orang buat jugak. Cakap orang melawan. Habes tu nak orang cakap ape? Nak orang ngaku benda yang orang tabuat? Macam tu?

Nak kea orang tak balik? Lari rumah bagai? Orang tanak buad. Takot malu jea. Jangan paksa ah orang buad. Dok cakap orang nyusahkan lah, ape lah. Orang balik skola, jalan kaki. Tak suroh pun ayah ambik. Nyusahkan lagi macam tue? Fine.

Firdaus, asal cakap orang ade laki lain hah? Nak sangat orang ade laki lain? Boleh pulak enn bagi alasan saja saja. Ade orang lain penah buad macam tue kea? Sakit hati tahu? Cakap tue pikir dulu boleh? Orang dah ah tengah banyak masalah. Suka hati jea cakap macam tue. Ape? Dah rasa habes puas ahh buad macam tue? Kira orang tadak hati ahh? Tak rasa ape ape bila dia cakap macam tue? Ouhh, kayy. Thanks ye Mr. Firdaus !

Aku dah cukup sabar, Dah banyak sabar dengan semua benda. Sampai dah taboleh nak sabar lagi dah. Sakit hati tue Allah jea yang tau. Hari nie sumpah macam shit gila. Aku tahu, aku tak balik pun takpe ahh. Aku duduk jea memane yang aku nak duduk. Aku tak susahkan orang ahh. Senang sikit kalau aku takde enn? Takpayah susah pikir pasal aku enn? Nak sakitkan tangan nak penampar aku kea hape enn. Tunggu ahh. Sikit hari lagi ape aku buad. Korang memang suke ahh aku macam nie enn? Firdaus pun suka. :')

Aku rasa macam orang bodoh. Rasa dah gila. Aku benci aku sekarang. Kbye
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

:')

Assalamualaikum.

Esok saringan. And final terus. Event aku, lompat jauh. Aku drop acara yang lari lari sebab aku diberi amaran. Aku sakit. Jadi aku tak boleh active. Tak best kan jadi orang sakit ni? Tapi tak paa. Aku terima.

Tadi turun training. Actually hari ni takda training. Tapi aku turun padang sebab aku nak release tension aku. Nak lepaskan semua. Aku harap dengan cara nie aku boleh senyum kejap. Aku tak harap banyak dari sapa sapa. Aku cuma nak orang faham aku. Itu jaa.

Maafkan aku kerana perangai aku mengalahkan anjing tepi jalan tadi. Sebab aku sakit hati sangat. Sangat sakit hati. Maafkan aku jugak sebab blah macam tue jea. Aku tak boleh nak mengadap korang. Susah. Berat.

Aku taknak cerita panjang. Sebab aku tak larat. Letih.

Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk Firdaus. Aku tak layak pun untuk dia sebenarnya. Tapi dia tetap sabar dengan aku. Dan aku pun sama. Aku cuma boleh harap yang kami akan kekal sampai bila bila. Aku akan terus bertahan kalau ni yang ditentukan. Semua yang jadi mesti ada sebab.

Sekarang nie aku tengah dengar lagu Cinta. Ya Allah sedihnya lagu ni. Aku cuma boleh mengetap bibir. Aku kuat. Aku kuat.

Doakan aku menang event esok. Aku tahu aku boleh.

Kbye
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Bersalahkah Aku?

                        .
Assalamualaikum.

Ketika semua orang bergembira di belakang rumah, aku di dalam rumah berseorangan. Menghadap mesin kecil yang banyak berjasa dekat aku. Benda nie lah banyak teman aku masa aku sunyi, masa aku bosan. Maaflah ayah, adik tak boleh nak berdepan dengan jiran jiran. Dengan semua. Adik tak boleh nak berhappy bersama dorang.

Sekali aku intai belakang rumah, tersentak hati. Kenapa aku tak boleh nak senyum macam dorang? Dorang semua tak pernah nak ada bad mood. Semua selalu senyum, happy. Tapi tak paa, at least aku ada kawan kawan yang selalu sokong aku dari belakang. Sebab tu aku sayangg dorang <3

Dugaan berat datang dekat aku sekarang. Aku tak nak mengeluh. Tapi, aku cuma budak kecik. Budak kecik yang tak boleh nak berdiri sendiri. Tak boleh nak selesaikan semuanya sendiri. Even nak pilih baju pun aku akan tanya mama aku. Inikan pulak dugaan seberat ni. Aku tak mampu. Aku tak kuat :')

Kalau aku cakap macam ni depan Farid, mesti dia akan mara aku. Yes, dia cakap Allah tak kan bagi dugaan kalau kita tak boleh tempuh. Selalunya macam tu lah kan? Tapi budak kecik macam aku ni boleh buat apa? Memang aku selalu senyum. Orang fikir, budak ni tapena ada masalah keaa. Tapi jauh dalam hati, ya Allah beratnya dugaan kau beri.

Aku tahu aku kena kuat. Aku kena banyak sabar. Seumur hidup aku, aku dah banyak sabar. Salah aku kea semua nie jadi?

Dari kecil, aku diajar hidup susah. Aku susah nak meminta minta. Kalau raya, nak beli baju pun aku akan tengok harga dulu. Even parents aku tak cakap apa, aku tetap rasa membazir. Rasa bersalah. Parents aku tapena nak mengeluh berapa banyak yang dorang kena keluarkan untuk aku. Aku mintak, insyaAllah dapat. Tapi aku tapena diajar macam tu. Aku dah terbiasa dengan cara yang diajar.

Bila dah besar, dorang ingat aku dah boleh berdiri sendiri. Boleh jaga diri sendiri. Sebab aku dah diajar semua masa kecil. Aku pernah kena tinggal. Tapi dorang tak tau, kuatnya aku bergantung dekat dorang. Ayah aku pun dah jarang bercakap dengan aku sekarang. Kadang-kadang benda yang dia cakap, aku tapenah buat. Tapi aku tapenah ada niat nak melawan dia. Sebab tu aku diam. Salah aku lagi kea?

Aku dah decide. Aku nak berdikari. Semua aku nak buat sendiri. So aku tapayah nak susahkan sapa sapa lagi enn?

Dalam keadaan aku sekarang, memang aku lemah. Lemah sangat. Susah kea orang nak terima aku sakit macam ni? Sakit aku ni hina kea? Bawak bala kea dekat orang sampai orang cakap kotor pasal aku? Orang tue bukan orang lain. Orang yang aku sayang. Susah nak terima hakikat ni. Hina sangat kea aku kat mata dia?

Sehina hina aku, aku tapena buat keja kotor. Aku tahu batas. Aku fikir baik buruk. Sekarang orang dah tengok aku macam orang gila. Buat benda bodoh. Otak aku dah tak bole nak function. Jammed. Aku sekarang bukan aku yang dulu. Aku sekarang akan banyak beza dari aku yang dulu. Sumpah bukan aku nak macam ni. Cuma semua ni terlalu berat bagi aku. Berat sangat.

And now, aku cuba menyibukkan diri aku. Aku nak lupakan smua. Aku harap dengan cara ni aku boleh lupa semua. And aku nak prepare untuk tournament akan datang.

p/s: Aku sayang hampa semua weyy :')
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No More Old Me :')

Heyy.

Hari ni nak guna perkataan kita. Boleh kan? Bukan selalu nak jadi baik.

Awak, kita dah tak macam dulu tau? Kita dah berubah terok dah nii. Awak tau tak, kemarin masa dorang jumpa boyfie dorang, kita dah macam orang gila tahu? Kita main lintas lintas jalan. Lepastu kita tak duduk diam ouhh. Kita merayauu jea. Duduk dekat tepi longkang sorang sorang. Nasib baik Arian datang layan gila kita nie :')

Lepastu enn awak, kita training sampai kita letih. Kita buad macam kita tak letih. Kita buad banyak benda awak. Awak tak tau, macam mana kita sekarang. Nasib baik kita tak kena langgar keta Exora kaler hitam yang comel tuh tau. Kalau tak, mesti dah kiok sekarang.

Kemarin kita duduk dengan Mira, Azah dengan Fatin je tau? Sebab kita taknak kacau Farid dengan Atoi, Isa dengan Dayah. Kita main lintas jalan. Kita gelak gelak dengan dorang. Kita jealous tengok dorang. Dorang sweet. Tapi selagi dorang happy, selagi tue kita bole senyum. Kan awak?

Awak, kita tak tau sakit kita bawak banyak masalah dekat awak. Kita tak pernah buat benda buruk macam tu. Kita ingat awak lawak jea dengan kita. Tapi awak serius. Awak cakap dekat dorang macam tu. Habis maruah saya awak. Sedih tau awak buat macam ni? Kita nie apa bagi awak? Kenapa awak sampai hati buat macam ni?

Kalau kita tau sakit kita tak menyenangkan orang, kita simpan jea awak. Kita takkan kasitau awak dengan dorang. Takpaa, lepas ni awak tak payah kesah lagi. Kita tak kan kasitau awak dah kalau kita sakit. Okay?

Mira, thanks sebab teman Kak Atyn tadi. Mira buad Kak Atyn senyum. Kak Atyn sayangs Mira, Fatin dengan Azah tau? Sayang sangat. :')

Atoi, jangan lah risau pasal aku terok terok. Aku okay la.

Terima lahh Fatin Athirah yang sekarang. Fatin yang dulu dah hilang. :')
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Aku ada Kepeng, Abang Long, Abang Ngah, Si Ketod dengan kawan kawan dia. Kau ada?

Assalamualaikum.

Saat aku hampir hilang pedoman, putus asa dan semangat, masih ada yang peduli. Kepeng, Abang Long, Abang Ngah, Si Ketod Atoi dengan kawan kawan dia sentiasa beri semangat untuk aku terus bangun. Terus kuat. Dah ku agak, bila sampai di sekolah mesti ramai mulut yang bertanya kenapa dua hari tak datang. Ahh, ikotkan hati nak ja aku membisu. Tapi nanti orang cakap kureng ajor pulok.

Pagi pagi lagi kimin datang dan pegang tangan aku. Kami rindu hampa lah Kak Fatyn. Serius rindu hampa. Hihi, kami rindu hampa jugak lah kimon :).

Ramai lah yang tanya pasal aku. Cikgu cikgu pun. Belumpun pukul 9, aku dah guna healer aku buat kali pertama. Haha, jyeah. Aku dah tak kuat macam dulu. Bak kata Abang Ngah, aku dah macam robot. Perlu di cas setiap hari. Jyeah, robot hidup :')

Tadi jugak, aku sempat bertahan sampai rehat sajaaa. Lepastu aku dah start muntah muntah. Masa kelas bio, aku memang tak boleh hadap sampai muka berpeluh. Nanes sampai terduduk. Aku duduk ikot suka hati aku jea. Takpa, cikgu tu memang sporting. Dia bukan kesah orang nak tido pun. Aku cuba lelapkan mata tapi sakit mengatasi segalanya. Aku ajak Sufiya pegi tandas masa habis kelas.

Dan seperti yang aku jangka, aku muntah. Sorry, kotor sikit entry ni. Alahh. bukan kelua apa punn. Air jeaa. Aku bukan makan pun. Tapi muntah air memang menyakitkan. Sumpah aku tak tahan. Agak lama aku dalam tandas.  Lepastu aku terus pegi kelas sejarah.

Dalam kelas sejarah, aku masuk lima minit jea. Mintak kebenaran nak pegi bilik rehat. Dan aku pegi duduk kat situ. Aku telan panadol. Haha. Dan terlena dekat situ. Terus text Dayah dengan Atoi. Lepas depa habis kelas, depa terus datang kat aku. Aku tengok muka Atoi. Nanes lagi aku :')

Depa paksa aku balik. Tapi aku takmau. Alasan nya, depa ja yang tau. Aku lepak dengan kimin. Aku type dalam fon aku. Aku cakap, Min. Iloveyou. Aku pun taktau kenapa aku type macam tue.

Lepastu pegi lepak dengan Kepeng, Farid, Isa, Arian. Dalam masa nak dekat sejam tu, aku tak pandang langsung muka Kepeng. Farid dengan Isa pun aku tak pandang. Aku nanes jeaaa. Aku taknak pandang sebab kalau aku pandang lagi aku nanes.

Lama lama lepas tu aku kena basuh dengan Farid. Terus aku boleh senyum. Depa dah buat aku happy :)

Farid, Abang Ngah aku yang terrrrhebad. Thanks banyak banyak weyhhh. Hang buat aku senyum hari ni.

Kepeng jugak. Hari ni banyak kalah dengan orang. Ingat janji bie tadi kayy? Takmau lupa tautau? Sygs dia :)

Abang Long, wahwahhh. Bahagia noh hari nie? Semoga bahagia selalu, kekal lah naa?

Atoi, amboi. Sakan noh dengan Farid. Jangan lupa. Aku awek num dua hang.

Kimin, thanks untuk msg tadi. Terharu tau baca msg tu. Nak nanes dah tadi. Tak sangka hampa sygs kami sampai mcm tu. Thanks syggg

Dayah, jaga abg long kami leklok nahh :D

p/s : Pesanan buat semua :D
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Jaga Diri Hang Abang Long :')


Jyeahh. Mat Runner :)
Aku lebih suka panggil dia Isa. Sedap kan nama dia? 
Dia baik. Baik sesangat.
Dia caring pasal aku macam adik dia.
Sebab tu aku panggil dia Abang Long.
Masa depa tipu aku cakap dia dah takda, aku nanges sampai rebah. Sampai lembik. Aku taktau macam mana aku kalau dia takda. 

Isa, entry nie touching sikit tau. Baca elok elok nahh. :D

Weyy. Aku nak hang jaga diri hang. Macam yang aku cakap. Hang pun tau sebab apa enn? Hang ja tau pasal tu. Ingat tau wehh. Dah banyak kali aku cakap kat hang. Jangan pernah sekali pun lupa. Sebab kalau hang lupa, hang tak sayang aku ahh :D

Jangan la pikiaq banyak. Aku nak tengok hang hepi. Aku nak tengok hang senyum sebab SPM hang elok. Aku nak tengok hang berjaya. Kalau aku sempat lah kan? Hihi. Aku nak hang senyum banyak banyak walaupun hang tengah sedih. Sebab hang Abang Long aku. Abang Long aku tak boleh selalu sedih.

Hang ingat janji hang dekat aku. Hang akan jadi Abang Long aku sampai bila bila. Aku nak tengok hang hepi, hang sehat, hang senyum sebelum..

Isa, hang dengan Farid banyak tolong aku tau? Aku nak cakap thanks banyak banyak. Hang jangan la sedih tau? Kalau aku jauh pun, aku tetap adik hang kan? Jaga diri hang tau. Tolong, tengok kan Firdaus untuk aku. Dia tu macam budak kecik. Degil :D

p/s : Aku bahagia hampa ada :')

Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Happy Monthsarry :D

Heyy :D

Sayangg, happy monthsarry. Dah sebulan kan kita? Alhamdulillah, setakat nie takda gaduh terok terok lagi. Lega gegilaaa. Susah senang kita, takda lah terok sangat. Tapi akan datang, taktau lahh. Pejam celik dah cukup sebulan kita. Harap-2 sampai bila bila lah kan?

Awak, janji tau jangan tinggal kita? Janji tau ada dengan kita selalu? Janji tau jangan cari yang lain? Kita sayangg awak lah. Awak jee yang kita nak :D

Haha, even awak silap tarikh tapi awak ingat jugak enn. Kita couple time birthday Atoi. Bila ingat balik macam mana kita kenal, sumpah lawak. Kita nak gelak lah awakk. Hihi. Tapi awak sweet. Sumpah awak sweet. Kita suka lahh :))

Awakk, kita sayang awak laju laju lahh :). Happy Monthsarry again sayangg. Kita nak awak sampai bila bila :)

p/s: ILoveYou Firdaus Mahmud :D
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p