Supermanku.

Assalamualaikum. 

Ehem didekasikan khas buat superman yakni penunggu hati atau penghuni hati kecil lagi comel saya ini. Penunggu hati? Erk.

Hai superman,
Kita sahabat selamanya, kita boipreng gelpreng selamanya, kita adik abang selamanya, kita tunang selamanya. Eh saya taknak tunang selamanya dengan awak. Acano dengan kawinnya? Hihi gatal kau Fatin. Ehem meski kita jauh, eh jauh di sini bukan bererti awak jauh saya jauh kita jauh macam berbatu batu. Gini ha maksudnya, jauh hati lah kiranya awak kerja, saya tusyen macam tu. Macam dah tak boleh menggila lepak sekali, tak boleh nak  cubit tampar tumbuk terajang dah. Eh faham tak ni?

Hm, meski kita jauh *berapa kali daa nak ulang. Saya tetap sayang awak saya tetap cinta awak saya tetap rindu awak. 

Dengan penuh rasa kecomelan, keohseman dan kebaikan.
Sudilah kiranya menerima kasih saya yang tak berapa nak kasih sangat ni. Ehem sejujurnya saya terharu ternangis terkesima terkejut tergamam dan segala ter yang ada, kerana awak sanggup mencari jalan untuk saya kurangkan migrain yang sememangnya menggigit otak ni. Hm hm, terima kasih awak.

Superman saya Muhammad Firdaus, (maaf jika namanya enggak benar)
Ingat pesanan saya. Pesanan yang tak berapa nak betul dari saya yang awak selalu panggil budak kecil. Ya, saya budak kecil awak. Saya budak kecil yang menyayangi awak sepenuh hati. Yang mencintai awak sejujurnya seperti manusia yang paling jujur atas muka bumi ni. Wah, ayat gampang kan?

Ehem, wanita wanita diluar sila jeles kerana lelaki ini kepunyaan saya. Jangan pandang dia sikit pun kerana saya mempunyai mata mata yang bisa melihat. Godai

Awak juga superman, jangan jadi seperti orang yang tidak mempunyai ingatan. Ingatan itu penting. Dengan adanya ingatan, awak akan ingat saya yakni budak kecil supergirl awak ni. Jangan acting seperti hai, nama saya firdaus nama awak apa, boleh kenal tak, saya takda awek lagi ni. No no no sayang jangan seperti itu di hadapan perempuan lain. Ehem jeles ni.

Lelaki yang berpendirian,

Awak bukan lagi budak sekolah 17 tahun yang selalu lepak sana sini, yang perlu struggle untuk SPM. Seperti yang saya pesan, awak harus matang sayang. Ya matang yakni berfikiran jauh memikirkan masa depan awak. Teruskan dengan apa yang awak lakukan sekarang dan biar saya pula jadi budak sekolah yang perlu struggle bagai nak gila untuk hadap peperangan besar yakni SPM tahun hadapan. 

Enebadi yang nak muntah hijau campur kuning bila baca entri ini, silakan. Tong sampah di hujung sebelah kanan anda. Muntah dan cuci sendiri ok. 

Saya pasti ramai yang tertanya 'eh bila nak habis entri ni panjang nak mampos meluat aku baca' sebabnya saya dah melebihi limit yang dibenarkan. K la yelah, saya habiskan. Sila baca ok superman? Baca tau? :*



Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Hai.


*Lihat itu perempuan gedik sedang garu kepala macam bodoh picture recycle aku ambik dari mana hala pun taktau first time entry picture aku sendiri hakktuihh. Nah semua tu dalam satu nafas. Pheww

Assalamualaikum. Hm.

Maafkan saya. Dah terlalu lama rasanya tak hupdate blog huduh lagi berhabuk ini. Puih puih hembus sikit nyah kau habuk jahat. Harini menghupdate tanpa mengetahui arah tuju serta topik atau main point. Kita jalan jelah ye sampai kemana pun nanti kalau rasa nak berhenti berhenti jelah ye? Kejadah?

Ombak rindu? Apa tu? Ahh pergi rendam kepala dalam kolah air kalau tak tahu apa itu Ombak Rindu. Semestinya ombak laut yang berhempas di tepi pantai bersertakan dengan rindu. Yaa, itulah ombak rindu. Ok maafkan saya lagi kerana telah mengencing anda semua sehingga basah kepala. Ombak Rindu dah menjadi satu fenomena sehingga mencecah 9 juta mungkin? Hm hm membuatkan saya rasa nak jadi pengarah.

Serius saya cakap saya takda perasaan semasa tengok ombak rindu tu. Saya tak menangis, saya tak sedih, saya tak rasa apa. Nothing kau tahu? Nothing. Hm. Biar saya dengar sob sob dari kiri kanan depan belakang saya tetap saya. Mengaku dan mengeras. Dalam hati, apakah? Menangis macam bebi. Oh maaf, anda mempunyai feeling tetapi saya tak. Dem me. 

Duduk rumah sememangnya boring kan? Cuti masih lagi berbaki. Saya tak tahu berapa hari lagi tapi saya rasa lama lagi. Hm lepasni dah Form 5 boleh buli budak junior boleh buat hebat boleh buat otai boleh tunjuk gangster boleh gigit orang merata. Abaikan kerana sememangnya saya budak baik disekolah. 

Superman dah start kerja. Oh ya saya dah takda kepeng. Sekarang ni saya ada superman. Hari-II saya rindu dia hari-II saya sayang dia hari-II saya ingat dia. Kalau kita sayang orang tu, kita ikut jelah kan rentak dia? Ya itu yang sedang saya lakukan. Saya tak merungut. Saya faham. Dengar tu superman? Faham tahu.

Saya cuba untuk menjadikan setiap ayat yang saya type ni ohsem. Tapi hm saya tak mampu kerana otak saya hanya bisa mencapai tahap beku 0 darjah celcius. 

Okay superman, awak boipreng saya awak bespreng saya awak soulmate saya dan awak pendengar setia saya sampai mati k? Sampai mati tahu? Ohsem nya awak di hati saya. Kerja biar elok biar baik biar ohsem sebab bila awak kerja awak boleh belajar jadi disiplin dan bertanggungjawab kan? Saya benci awak superman. Eh silap. Saya sayang awak. Kbye

Iloveyoutoo readers. Hm rindukan dia

Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Mix

Ohooohoi. Assalamualaikum kom apa kombat bat apa batman man apa mentol tol apa tolol. Ok diam. Ehem ehem nak cakap arigato gozaimas terima kasih banyak banyak dekat Syaznida budak kecik ni haa sebab bg idea saya nak update blog bodoh ni.

Okay dah seminggu tak lebih tak kurang saya terpaksa berhempas pulas berjuang berperang. Nahh ayat hiperbola sila abaikan. Seharian hari hari yang sangat bermakna *puii dihabiskan di pusat tusyen. Bila cakap saya tusyen dua tempat, semua orang macam peewit fuyoh fuyoh rajinnya dia. Kejadah?

Apa kehenya intro sampai tiga perenggan macam lah banyak sangat ideanya nak update. Terima kasih lagi lagi lagi buat semua inspirasi kerana dah bertanya kenapa tak update blog. Oh baru saya sedar betapa pentingnya kalian membaca blog saya. Hewhew pui sikit.

Pertamanya, anda ingat slipper pertama yang jadi milik anda? HAHAHA, saya tak ingat pun. Mungkin ingatan ini terlalu lemah alahai mesti dah makan banyak semut ni. Sekarang ni trend slipper Flipper. Ekspresi pertama semasa memiliknya, wahh macam ohsem aku ada slipper ni fuyoh fuyoh kau ada? Aku ada hebat giler oh maii. Ok hiperbola lagi.

Facebook thing. Sebelum ni zaman Friendster, lepastu Mespes lepastu Pesbuk lepastu Twitter. Haaa lagi satu tu apa benda alah nye lah hai haaa, Tagged. Cewah zaman frenster mespes dulu haa kemain poyo meluatnya tengok haih. Awak ada mespes? Kira awak ohsem ohhhhh. Sekarang ni, awak ada pesbuk? Apa? Takda? Alahai jakun tenuk nya. Eh kejadah apa kalau ada pesbuk ke tak kacau korang kea hah? Lepas pesbuk, twitter pulak haa. Tweet sana tweet sini kalau dapat tweet dengan retis kira memang ohsem tabik spring ah. Sampai tweet habes limit kira tak hengat dunia dah tuuu --'

Bila ada pesbuk, dah jadi hot, ada lah haters. Alahai haters pulak. Kesian kat bebudak hot kat pesbuk tu haa. Tapi jangan lah sampai kopikat status orang lain kalau nak jadi hot pun. Ye dok? Eh otak ada fikir sendiri lah. Lepastu ada pulak fakers ni ha. Rasa macam eh apa jadah kau fake aku aku kenal kau ke ha aku buat salah apa ha? Hah mula gelabah. Nak sangat hot. Kan dah ada fakers. Hewhew

Ok rasa dah terlalu ohsem sebab banyak menaip. Hm superman keluar mancing dengan abang long. Ok rindu <3
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Show Me Some Respect


Gambar ikhlas atau tak aku tak tahu lah sebab aku pun main curik jea dari Tumblr cik KingKimon. Tenkiuuu. Tengok atas tu siapa lah pakwe hensyem tu. Haa; Jaybe tu wehh. Jaybee. Eh siapa? Tak pernah kenal pun. Ahh sukahati kau lah kenal kea tak aku kesah pulak. Persetan. Sememangnya membaca sesuatu dari orang gila akan menggilakan hati. Apakah?

Andai aku bisa menutup semua mulut mulut longkang yang busuk, sudah tentu. Sudah tentu aku tutup menggunakan setiap tisu tisu yang ada atau lebih keras lagi akan aku gunakan batang paip besi bergalvani. Ahh, tangan terasa begitu ringan nak dilandingkan ke atas muka muka cantik cun comel cute hot tapi mulut busuk ni. Mahu saja aku hayun parang besi biar mampus orang celaka seperti itu. Jangan Fatin, begitu kejam sekali.

Aku bukan sesiapa dengan kau. Bukan ibu, bukan kakak, bukan adik mahupun saudara sedarah. Beraninya kau menyebut persoal tentang aku. Ahh celaka kau. Mana ilmu yang diajar? Mana hilangnya hormat manusia terhadap manusia yang lain? Seperti kau mengutuk diri sendiri. Cakap tak pandang. Bodoh.

Manusia, tak ada yang adil di mata mereka. Even kau benci meluat sekalipun kau diamkan sahaja. Bimbang nanti terkena diri sendiri. Ahh siapa kau? Ibu aku? Oh jauh sekali. Sedangkan kau cuma adik adik mentah yang tak kenal sepenuhnya dosa pahala. Jangan cepat mengkritik. Satu yang benci, berpuluh yang membenci.

Kau bangga dengan status fesbuk yang banyak like nya? Kau bangga bila kau muatnaik gambar tak bertudung dengan banyak like? Apa kejadah separuh gambar bertudung, separuh lagi terlucut tudungnya. Tiada bezanya. Mengapa? Mungkin gambar itu comel? Apa semua itu? Publisiti murahan mungkin?

Ayuh anak muda. Matangkan fikiran. Aku cuma menasihati. Aku tak perlukan cacian makian mengatakan gambar kau lebih banyak likenya. Aku tak hadap. Sekalipun aku pandang fesbuk kau, sikitpun hati tak terberansang nak menegur. Mungkin kau bangga jadi orang yang dikenali? Ingatlah, asalnya kita semua sama. Ahh celaka lagi.

Hm, aku amat rindukan si ketot peneman hati. Atoi, sila pulang dengan cepat.


Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p