#Alahai

Heyyyyyooo

Alahaii aku dah gilakan si comel handsome Greyson Chance. Dia handsome gila bakhangg. Pi search lepastu dengar semua lagu dia. Sumpah boleh melt masa tu jugak. Oyeahh. Greyson Chance, come to mama. WAHAHAHAHA

Okay, maaf lah anak anak. Ibu jarang ngupdate belog nii. Orang busy lah katakan. Alahaii, duduk rumah goyang kaki tengok tv habiskan semua makanan kat rumah ni tu dah kira busy lah kan? Lain lah orang lain. Untung ade idea 24/7 nak ngupdate belog nii. Ibu ni otak sengkek sikit benak nye haa. Idea pung datang seminggu sekali. #Okay gedik -..-

Alahaii jealous nye lah tengok orang keja bagus bagus sampai ke Jordan mana hala tu haa. Nak jugak macam tu. Tapi kalau cakap takde usaha kau cakap angin jelahhh. Apa ntah orang cakap? Haa, sembang tak pernah jatuh. Yang tu laa, yang tu laa XD

SPM lagi berapa hari wehh? Alahaiii gentar nihh. Budak busuk tu boleh wadlek wadcool je haa. Nak kena push agaknya. Dah terlambat dah nak push pungg. Kau nak SPM, pepandai lahh kau usaha. Cecakap nak kawen dengan aku. En en en? Hikhok :D

Harini ayah aku cutiii. Aku tetanya cuti ape nyelah lama sangat sampai tiga hari tu haa. Dia cakap cuti raya. Pelik aku raya apa sekarang ni. Rupanyaaa Deeeparaayyaa. Hikhik, akibat mamun dan terlanggar pintu terus pegi cakap dengan orang tuu, jadi ceni lah haa.

Alahai banyak nye lahh orang post pic cupcakes dekat Facebook. Bhaiii, nak jugakk. Dah la si gedik Farro pegi Secret Recipe dengan si hegeh Jayjay tuu tak ngajak. Sumpah kempunan nii :(

Alahai sekarang ni dunia dah maju, moden gituuu. Budak budak sekarang dah takde rasa hormat dah haa. Kalau aku hormat dorang tak hormat aku pun takda guna nya jugak enn. Menganjing pulak dengan aku. Alahai sayanggg, buat lah lagi. Aku tengok, senyum, blah centu jaa. Aku boleh fikir bhaiii.

Alahaii, dah letih nak ngetaip ni haa. Okay, jumpa dalam next entry. Byebyee, from me with love <3
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

#Bodohnya Aku

Assalamualaikum.

Dalam enry nie, aku nak pesan. Tolong jangan jadi bodoh macam aku. Tolong jangan khianati kepercayaan yang bf kau bagi dekat kau. Sekali kepercayaan dia dikhianati, susah kau nak dapat balik kepercayaan tu. Aku dah buat benda paling bodoh dalam hidup aku. Aku menyesal. Tapi tak guna. Benda dah jadi.

Kalau kau ade bf, tolong sayang bf kau sepenuh hati. Even rasa sayang kau dekat ex kau still ada lagi, get rid of it. Aku tak tipu. Kau akan rasa menyesal sebab kau still ingat dekat ex kau. Sumpah wehh.

Aku bodoh sebab rasa sayang aku dekat Azim ada lagi. Memang aku sayang dia. Orang cakab, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh dekat tanah jugak kan? Yea, memang first time aku text Azim selepas empat bulan aku jadi couple Firdaus. Aku dah cakab benda paling bodoh yang pernah aku cakab. Dan, Firdaus baca benda tu.

Puas aku pujuk dia weyy. Aku tau aku salah. Memang aku bodoh sebab cakab macam tu. Nasib baik aku ada kawan kawan yang memang sayangkan aku. Yang memang kesah pasal aku.

Firdaus,
Saya mintak maaf b. Saya tau saya salah banyakk. Saya bodoh sebab buat macam tu dekat awak. Tapi sumpah, saya sayang awak sangat sangat. Saya tahu susah awak nak maafkan saya. Tapi saya nak tebus kesalahan saya dekat awak. Saya tahu, walaupun awak tolak saya tadi, sakitnya kena tolak tak sama macam sakitnya hati awak. Kan sayang? Saya mintak maaf lagi. Saya janji, saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak. Saya tahu hati awak hancur. Thanks sebab bagi saya peluang. Saya janji, saya takkan sia sia kan peluang yang awak bagi. Saya sayangkan awak Firdaus :')

Jayjay, Farro, Sufiya, Ceah.
Thanks sebab hampa ada dengan aku. Thanks sebab tolong aku. Thanks Jay sebab menangis dengan aku. Thanks weyy. Sumpah hampa terbaik. Sumpah aku sayang hampa. Sampai mati weyy. Aku sayang hampa sangat sangat. Hampa siblings terbaik aku weyy.

Fazmy,
Aku sayang hang jugak. Sebab hang dengan depa, aku baik balik dengan Firdaus. Sebab hang, Fazmy. Aku dah boleh senyum balik. Sebab hang jugak, aku dapat peluang lagi. Thanks sangat sangat. Aku sayang hang, kak Yana, dengan depa semua. Thanks wehh.

Aku menyesal sebab buat benda bodoh ni :')
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

#Hoyeeee

Hai aweks, balaks or whoever read this.

Hahhh, datang lagii nak buat entry bodoh merapu. Ehh, kesah pulak kau? Merapu pung kau baca jugak enn? Hikhok, thanks anywayy.

Sekarang semua tengah cuti sch enn? Mesti ade yang nak pegi sini, pegi sana. Lain lah aku, duduk rumah tengok tv mengangkang jea kann. Haha, aku tipuuu.

Okay, untunglahh aku ada Firdaus. Sanggup pulak dia redah hujan lebat lebat nak datang jumpe aku enn? Rasa nak penampo jea. Balik pulak macam superman lagaknya. Jatuh terkangkang tengah hujan aku tengok gelak jea. Padan dengan muka. Omakaii kejam nye lah aku nie kan. Nasib kau lah Firdaus oii <3 Sekarang aku dah gila makan Skittles. Yang kaler hijau tu haa. Oh gilaaa kalau kau makan memang tertutup mata kau habis tak boleh bukak dah haaa. Tudiaaa, pentipuuu. Masam gila siot. Tapi aku sukaaa. Hikhik, first time aku bagi Firdaus makan benda alah tu hak elah omeyy nye lah muka diaaa. Okay, nak story pasal sorang budak omeyyy. HOT ohhh >.< Jeng jeng jeng ---->


Hahh, omey kann? Nama dia Fatin Hazwani. Hak alohh Fatin jugak lahh. Ye dok? Tapi prefer panggil dia Atyn Bennasi. Aku kenal dia masa first photoshoot dekat Tasik Kulim. Cheyyhceyyh, photoshoot pulak nagalahkan model lah yee. Tapi budak omeyy ni memang talent yang paling superb.

Budak ni banyak cakab ohh. Potpet potpet macam aku. Haha, aku memang boleh masuk dengan dia sebab kami satu kepala. Dengan sorang lagi tu hah, Husna.

Okayyy, aku harap friendship kami sampai bila bila sebab aku sayongg dorang ohh. Atyn Bennasi, Husna Zulkifli, ILoveYou <3


Hak elahh aku yang paling pendekk. Damn it. Hihi <3
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

#Imposibble

Helo helo, nak kopi kea nak milo.

Imposibble? Hahh, pernah dengar lagu tu? Best kot. Shontelle memang superb. Tapi bila Maddi
Jane nyanyi, laagi superb. Tak kenal Maddi Jane? Ohmaigod. Pegi Youtube dan search Maddi Jane. Dengar semua lagu yang dia nyanyi. Even dia buat cover jea, tapi dia mia subscribe dah lebih ! million! Ternyata suara dia memang superb kann? Hihi, obses kejab.

Okay, SPM dekat dah kan? 14 November kan? Takot ni wehh. Getar bhaii. Haha, puii sikit. Umur pun tak cukup 17 lagi dah kalut SPM kan? Final year exam pun tak habis lagi. Okay laa aku admit aku risau dekat Kepeng tu haa. SPM tak sampai sebulan, dia boleh wadlek wadcool. Aku jea yang gelabah. Hampeh. Meh aku jelah jawab. Cheyycheyy, bajet ready -.-'

Wehh, terliur tengok ayah aku makan ketupat. Tapi aku tak boleh makan, kena pantang. Kesian kat? Nanes sikit. Hikhok. Jiran aku ni nak cakab India, tapi Melayu. Pasang radio mia kuat. Nak bagi satu taman dengar ye bang? Hah bagus leteww.

Ohemjayyyy, esok exam paling susah. Siotttt. Subject nie kalau bertapa kat gunung belajar sepuluh tahun pun belum tentu boleh cover. SIVIK ! Be nice to me. Haha, ketuk kepala aku sekarang.

Okay, tak boleh memain dahh. Tahun depan SPM. SPM bhaii. Pejam celik dah Form 5 aku. Tapi still kecik kemetot jea haaa. Adehh, bila nak tinggi ni.

Kemarin lepak dengan payedd, mat. Best sangatt. Boleh gila gila.

ILoveYou bhaiii <3
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

#Pernah tak?

Hai.

Pernah tak kau rasa sakit hati? Confirm kan? Tipu kalau kau hidup sekali pun kau tak penah rasa sakit hati. Macam tu lah hidup kan? Kalau kau sedih, kau menangis sampai nak banjir rumah kau kan? Sampai berkotak kotak tisu yang mama kau beli, kau habiskan. Ye dok? Kalau kau happy, kau gelak kuat kuat kalau boleh nak orang lain semua dengar kau gelak. Lumrah hidup :')

Kalau boleh pilih, aku nak jadi orang yang sentiasa dalam keadaan baik. Aku nak jadi orang yang sentiasa boleh senyum walau dalam apa masalah sekalipun. Tapi kita takda hak kan nak pilih semua tu? Kita kena ikut flow yang dah ditentukan. Tapi aku percaya, setiap yang ditentukan untuk kita, mesti yang terbaik. Allah dah tentukan jalan untuk hamba-Nya. Kan?

Pernah kau rasa macam hati kau kena hiris lepastu kau menangis sorang sorang? Sedangkan kau sendiri pun tak pasti kenapa kau menangis. Kenapa air mata kau senang jea jatuh. Kenapa kau rasa macam tu. Kalau kau fikir betul betul, kau akan dapat jawapan untuk tu.

Aku buat entry nie, berdasarkan pengalaman. Banyak pengalaman yang aku dapat even aku baru hidup kat dunia ni 16 tahun 4 bulan. Mungkin semakin kita besar, kita dapat lagi banyak pengalaman kan? Kita boleh survey life better. Kita dapat agak, fikir untuk diri kita kan? Aku harap aku dapat jadi lebih matang. InsyaAllah.

Even kau sedar kau sayik kena main, kau asyik dpergunakan, jangan pernah lupa yang kau ada strength kau sendiri. Kau boleh bangun. In life, we must choose. When you're down, you can choose to get up back or stay down. Believe me, don't choose to stay down. You'll regret.

Aku tak pernah rasa nak berhenti dari tolong orang even aku selalu jadi yang terakhir. Kadang kadang, orang yang dapat pertolongan dari aku, semuanya lupa aku. Normal lah kan? Memang masa tu kita boleh tengok yang mana betul betul ikhlas kawan dengan kita. Tapi aku lebih senang untuk buat taktau dan teruskan macam biasa.

Tapi ingat, tolong ingat. Aku jenis yang memaafkan. Sangat senang untuk memaafkan. Tapi susah untuk melupakan :')
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

#GoDie

Assalamualaikum, tak jawab dosa kalau jawab sayang. Hak elah macam Maria Elena lagaknya.

Ekceli dah habes kering kontang dah kepala otak nie sampai tak tahu nak letak title apa. Hentam jelah janji ada title. Ye dok? Sekarang ni aku pening lah. Ramai sangat manusia sekeliling yang jatuhkan orang lain. Even membe sendiri pulak tuh. Aduhai, wadlek lah brotha sista, tak dapat apa pun kalau jatuhkan member sendiri. Paling kuad dapat dosa, tak pun kau yang terkena bidas.

Bukan nak menyandat or nak kata dekat sapa sapa. Tapi ada betulnya. Even aku pun dengar macam macam story pasal orang nak jatuhkan aku. Haha, kesah pulak ye aku? Wadlek sudaaa. Lain lah kalau dia datang sendiri depan aku lepas tu buat tahi merata. Eh eh, melampau lah eh. Go die ah.

Kadang kadang benda yang kita buat tu takda niat pun. Tengok tengok orang lain pulak tersaket hati dengan kita. Serius kita takda niat lain. Bila dah mintak maaf bagai nak rak, orang tu pulak nak bermasam muka dengan kita kan. Kita boleh cakap apa lagi? Lantak ah. Mintak maaf aku dah buat. Nak buat terok apa lagi kann? Go die lagiii

Kejab lagi nak pegi hospital. Mak aii dah macam rumah number dua pulak kan. Kaki kiri aku disfunction terus. Amek kau. Kalau aku tak boleh jalan lepas ni, maknanya habes lah. Untung lah baru kaki kiri. Sekarang aku dah rasa pulak tangan kiri. Ngilu jea kan nak gerakkan. Pergh, memang besar dugaan aku kali nie. Takpeee, Allah takan bagi ujian kalau aku takleh handle kan?

Malam ni pulak ada kenduri bacaan Yasin dekat rumah Farro. Mak dia nak pegi haji. Untunglahh, mak aku bila lagi? Insyaallah kalau ada rezeki kan? Tak lama dah kot (:

Aku bersyukur sebab Allah dah temukan aku dengan Firdaus. Aku yakin dia boleh jaga aku. Insyaallah. Semoga kami kekal dan terlindung daripada musibah. Semoga jugak kami berada dalam lindunganNya selalu. Amin

#Nak siap pergi hospital. Ya allah, kau berikanlah aku kekuatan :')
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

#FlaneurIsMyNewName

Hey guys, Assalamualaikum.

Yesterday I'm fully ofcharge because of my English paper. Ohmaigod it was shoo hard until I fell asleep. Is that really hard? Ohyes. I never felt like crying when I'm answering my paper before. Instead, I answered it confidently. For sure I'm goin to cry. The time was shoo short till I can't breath. Okay I'm lyin. HAHA

Enaff la, enaff. Pretend that I'm good in English but in different ways. I've changed my Facebook name ! Oyeahh. Member yang belum add lagi, sila search FATYN FLANEUR. Now ! Tak larat aeh nak speaking bagai ni. Macam lah terer sangat. Puiii

Tengah tunggu kepeng text. Lamanya dia hilang. Saya memang suka kena tinggal lama lama. Hahaha. Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik. Ahh, sudah. Dah empatbulankamicouple. Oyeahh. Okaysayasayangdiasangatsangat. Jangan curik dia. Jangan tau? Kalau curi jugak, bakar rumah awok. Biar awok takde rumah. Muahahahah *evil laugh

Rimas lah ada hamba allah yang berfikiran kotor ni. Adoiyai sangat annoyingnye pun. Kalau dah snagap terok sangat pegi carik orang lain ahh. Maknyah yang dekat lorong haji taib tu penuh tunggu kau datang je bro. Tak payah nak menganjing sangat lah kan dengan aku. Karang aku menyalak, susah kau.

Hari ni sorang dari sugarpump saya tengah sedih tau. Alolo syiann. Takmau sedih sedih nanti muka berkedut buruk lah. Senyum sikit haaa. Kan comel. Hidup kena kuat. Kalau saya kuat, awak pun kena kuat lah. Tak aci la saya kuat sorang sorang kan?

Esok exam Rekacipta dengan Agama. Bila nak habis sekolah ni? Tak sabar nak habis SPM lepastu boleh duduk dekat rumah goyang kaki makan buah apple. Hihihi.

#okay tengah tunggu kepeng tapi dia still tak text. Haiyoooo -..-
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

#It Strucks Again

Hai Assalamualaikum Vanakkam.

Okay, entry ni touching sikit. Maaf, kalau rasa nak layan, layan jelah takde salahnye pun. Kalau rasa meluat nak muntah uwek uwek, klik dulu button merah dekat atas belah kanan tu ha lepastu pegi jamban muntah puas puas.

Sekarang saya touching macam bodoh. Okay saya admit memang saya ni budak kecik yang kuat touching macam sial kan? Eh pui sikit. Okay saya taknak buat muka babi dalam entry ni tapi kalau saya terpaksa saya akan buat jugak muka babi sebab saya rasa muka babi tu comel.

Semalam saya gaduh dengan budak taman saya yang mulutnye pun sangat wanginye pun macam longkangnye pun. Nasib baik dia lari dari aku kalau tak aku nak hentam dia sampai pecah muka sebab kurang ajar dengan aku tak padan dengan kecik. Okay budak aku benci hang. Kalau aku nampak muka hang lagi minggu depan, hang akan hidup selama lamanya. MUAHAHA

Kepeng, saya ada awak sorang jea tao. Caya la saya. Caya laaa *sambil buat muka comel. Sedih tao bila awak cakap awak tak caya saya. Sumpah saya sayang awak jea. Awak suro saya buktikan tapi saya tak tao nak buktikan macam mana dekat awak.

Esok saya exam. Tapi saya takda mood nak jawab paper. Sebab saya tengah serabut. Saya sakit kepala. Huhu. Alah kesah kea boleh jawab kea tak. Kesah? Okay aku memang kesah -..- <---tengok, dah terbuat muka babi.

Esok saya nak bawak bekal sandwich. Saya tak larat nak turun pergi kantin sebab kelas saya nun jauh atas kayangan. Kalau setahun turun naik boleh kurus. Serius. Kalau duduk dalam kelas, boleh jimat masa. Boleh study. Ye dok?

Saya takmao merapu banyak banyak. Saya cuma nak memberitahunye pun yang saya tengah sedihnye pun. Saya rasa serabut macam nak jerit dekat semua orang. Boleh tolong jawab exam untuk saya tak? Boleh laa, boleh la *okay buat muka comel lagi.

Okay lah awak. Nanti saya update lagi ye. Okay bye

\Kepenggg, T.T/
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

#Hai

Assalamualaikumm.

Heyy,

Sekarang, aku dah jadi tak betul. Semuanya sebab satu benda yang membuatkan aku rasa #pfttt. Macam fcuk. Demm, tak patut aku cakap macam tu. Okay, tak semua benda dalam dunia nie jadi elok. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau macam tu yang kita usaha, macam tu lah yang kita dapat. Takan kita usaha terok terok bagai nak rock, dapat sikit ceciput je. Ye dok?

Aku memang suka merapu. Jangan tanya kenapa aku suka merapu sampai ke London sana nuh. Biasa lah, orang dah banyak knowledge nih. Alahh, setakat London tuh apa la sangat, beribu kali dah pi. Kentut pun dengaq. Dah muak dah tengok. Haktuihhh #Juah dah aku, juah dahh

Lain la Paris ye dok? Teringin nak pi sana shopping shopping. Puii, macam la aku ni jenis yang bershopping. Buat macam Paris tu dekat macam Kulim nak pi Taman Selasih kan? Kalau banyak duit takpa lah, hari hari boleh pi macam dalam Awan Dania tuu. Benjy dengan Akmal sanggup ikut Dania pi Seoul. Banyak kali pulak tuu. Untunglah -..-

Jangan tanya lagi kenapa aku suka buat muka babi. Jangan salahkan aku. Babi tu yang suka buat muka macam aku. Tau la aku comel pun. Tak payah la nak jadi copy pig. Mencik tauu. Mak mencikk ! ----> Muka babi lagi -..-

Ewahh, banyaknyelah mencarut hari ni. Weh weh, Jue Evans lawa kan? Macam aku. Muahaha #perasan nyelah budak ni -..-

Aku jadi macam ni sebab aku rindu depa. Rindu gilaaa. Hampa rindu aku dak wey? Mesti rindu kan? Kan? Ngaku cepat. Kalau dak aku tembak guna lastik. Haaa, nak mana satu?

Firdaus, Isa. Rindu hampa wehh. Serabut gila sekarang ni. Sumpah macam orang gila dah ni. Cepat mai bunuh aku sekarang. Cepat -.-'

Okay laa, hampa mesti bz kan? SPM lagi berapa kali jumaat ja. Campoq dengan hari hampa tidoq terbongkang, makan nasik berpinggan pinggan, berak dalam jamban berjam jam, seh hinguih lagi. Wheelie kat highway, apa lagi haa? Haaaa, main futsal sampai petang baru balik. Mesti tinggal berapa hari ja ken? Hampa kena study rajen rajen tau wehh. Budak kecik ni dok doa kat hampa nih T.T

Rindu hampa sangat sangat sangat T.T


Lapaq Rocky laa. Hampa tau dak Rocky tu apa? Taktau pi cari kat kedai.

Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

#Huyooo

Assalamualaikum.

Tengah tengok Manchester United lawan dengan Norwich. Harom tadak gol lagi haa. Rindu dekat balak aku nih, CR. Pi mana laa dia tu, dengaq cita pun dak. Mentang mentang hot, handsome. Lupa aku troi. Nahhh. Puii sikit.

Okay, bini Firdaus ni dah jadi rajin sikit. Tadi study Bio dari Chapter 1 sampai Chapter 4. Hebat dak aku? Hebat kan? Muahaha, tu pun guna flashcards. Kalau tadak natang tu, tahun depan malam deepavali baru aku sentuh buku kot -..-

Okay, Manchester dah satu gol. Untunglahh, kalau dak aku nak buang sticker MU dekat botoi ayaq tu. Hihii. Kenapa lah banyak sangat okay. Aku pun tatau.

Hehh, tadi ada orang gila mana tah chat aku. Mabuk kot? -.-

saya rasa awak lah jodoh saya. awak nak tak terima saya sebagai bf awak?

Nahhh, aku dengan penuh sopannya ternganga depan laptop ni sambil memikirkan apa jawapan yang patut direply. Aku cakap,

maaflah, aku dah ada balak

Hihi, kuciwa kot orang tu? Kesiann. Lain kali kalau apa apa, tanya dulu nahh? Jangan main serbu tau tau? Nanti awok sendiri yang malu.

Semalam aku jumpa kepeng. Bapak banyak gila merapu dengan dia. Haiyooo. Cakap banyak betul aku nih. Hihi. Takpaa, bukan selalu dah jumpa dia. Lagi brapa hari ja nak SPM. Tahu SPM tu apa? Ouhh, SPM tu macam orang duduk bersila sambil cakap aku terima nikahnya si polan binti si polan. Wahahahah. Caya kaa? Kesiann.

Okayy, untuk semua PMR candidates, do the best on your test, beat the rest, you're the best. Jawab dengan tenang. Takmau kalot kalot. Best of luck ! :D
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p