Confused.


Hai, eh lupa. Assalamualaikum.

Hampir berbulan aku tinggalkan dunia blogging. Berbulan. Bukankah itu sangat lama? Ya, banyak benda yang boleh diceritakan. Bukak blogger, muntah hijau. Hah, muntah hijau lagi. Idea yang sebelumnya datang menari nari dalam fikiran, tiba tiba hilang bagaikan tak wujud. Faham? Ya, itulah. Hilang terus. Tanpa dikesan. Tiada jejak. Dan hilang. Hm, apakah?

Hm, emosi menguasai. Setan menari di tepi. Terasa ringan di kaki. Dan, aku menangis lagi. Dunia ni tak adil. Eh, tak Fatin. Dunia ni adil sebenarnya. Kita ja tak tahu nak hidup dalam dunia serba serbi ada ni. Nama pun dunia, haruslah banyak dugaan kan? Haruslah ada manusia yang berbeza akal, fikiran, pendapat. Kan? Jangan Fatin, jangan jadi lemah. Jangan kerana satu tanggapan, dosa yang kau dapat. Jangan Fatin.

Cakap dia, mulut orang jangan peduli. Kisah orang jangan diperhati. Cakap dia, aku perempuan kuat. Ya, aku kuat sekuat perempuan yang dia pernah jumpa. Cakap dia, peduli orang sekeliling membenci. Cakap dia, aku lebih kuat. Aku berganda kuat daripada dia. Bila jumpa, senyuman yang aku tunjukkan. Bukan tangisan. Cakap dia lagi, dia tahu apa aku rasa. Biarpun luar bahagia, tapi dalam derita. Banyak benda yang dirahsia. Tapi, dia tahu. Saya kuat sebab awak. Sila mengerti itu.

Siapa pernah dibenci? Siapa pernah dilukai? Siapa pernah membenci? Siapa juga pernah diconteng nama di dinding tandas? Ya, itu aku. Aku gadis kecil yang sedari dulu kenal erti sabar. Biarpun berat semuanya, aku aku masih kuat. Aku kuat kerana aku. Kerana dia. Kerana semuanya.

Hampir setiap hari, dugaan yang aku hadapi. Aku cuma berdiam diri. Aku ada alasan sendiri. Mulut orang, siapa juga boleh tutup? Tak aku, tak dia, tak mereka, tak siapapun. Semua manusia punya hak berkata. Semua manusia punya pilihan. Berdiam atau tegakkan keadilan. Aku pilih keduanya. Keduanya. Tapi aku berfikir mengikut keadaan.

Siapa juga hairan? Sejujurnya, aku tersiksa. Benar kata orang, benci boleh hadir dalam sekelip mata. Ah, celaka. Lama kelamaan, aku terbiasa. Terbiasa dengan keadaan yang menimpa. Kerana? Kerana aku kuat. Diulangi, KUAT.

Begini, begitu, aku masih kuat. Dan aku akan kekal kuat selamanya. Kerana aku masih punya orang yang sentiasa akan ada denganku.


Assalamualaikum.
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p