#Speechless.


Ehem lagi. Assalamualaikum. Guna aku untuk entri ni, maaf jika anda mendapatinya sangat kasarnya pun. Sila blah k. Blah sekarang. Muahaaha.

Hm rasanya dah tak normal lagi alasannya aku yang dulu rajin semakkan blog asal ada benda je mesti dah berupdate dah blog aku ni ha. Sekarang ni nak update pun tunggu betul betul rasa rajin dan ilmu penuh di otak. Wah, cenggitu pulak?

Amendeee hari rasa tak cool pulak. Eh mana hilangnya cool time time nak update blog cenggini. Ahh takbest ah hilang dah ayat comel lagi ohsem tu pergi mana ntah kan nanti jadi boring pulak blog ni. amendeee?

Hm lihat tu intro pun dah masuk tiga para dah tu haa merapu je lebih. Dah menyalahi undang undang ni haa Akta 18 penulisan blog merapu tahun 20111. Kalau aku lelaki, apa yang aku akan buat? Kentut sepenuh masa mungkin? Ahh tidak. 

Jika aku yang comel cenggini menjadi seorang lelaki yang hensyem lagi taff serta kuat hendaknya, aku akan cuba mengontrol kehenseman aku sehabis control yang mungkin. Eleh macam takde lelaki yang control hensyem. Ade kan noks?

Ehem sejak sejak demam ni ntah kenapa kepala aku jadi terbalik. Yelah macam pandang orang nampak kaki kat atas lepastu kau pandang kucing kau nampak anjing like cenggitu ah. Ahh penipu lagi aku. Tipu tipu. Dusta semata mata. K diam

Tips yang menarik bila demam makan lagi banyak ice cream minum ais yang ada air batu lepastu makan laksa. Aum aum. Confirm rasa hebat gila sampai tahun depan pun demam kau takkan baik. Like seriously cuba terai. Tak nyesal weh. 

Aku bukan malas nak tukar shoutmix ni cuma segan. Orang kedah cakap penyegan. Faham? Yelah banyak proses nak tukarnye pun kau kena copy ni copy tu copy that macam ntah pape nak buat semata mata untuk benda alah tu je. Maaf ye noks.

Kembang tekak mak ni nyah bila tengok kau cenggitu. Alah dekat luar bukan ramai pun yang hadap kau ni haa. Tolong la nyah jadik diri kau sendiri. Mencik mak ni nyahh mencikkk tahu

Ai cik adik tak payah nak jadi pembelot sangat lah kan kau dah duduk situ kau duduk situ diam diam tak payah nak berhijrah sangat lah kan. Kalau hijrah kau tu bawak pekdah takde la aku nak bebel bebel macam ni haaa masalahnya kau bawak siye tahu? Baru je nak baik ni haa karang gaduh balik sebab kau. Eh taknak aku.

Pelish pelish (muka comel) jangan jadik punca ye noks. 

Ok cukup dah bebel ni dah letih dah nak jatuh dah telinga dengarnya kan. Ok blah sekarang cepat blah kalau tak aku tembak. Cepat! Hikhik bajet kakyong pulak ni. 

Superman, saya mintak maaf like seriously mintak maaf ni tengok ni muka comel ni. Saya mintak maaf k. Hm tapi pelish la jangan diam centu ja tak tidur malam saya ni haa tak kesiankeee kat itew ni ha? K gedik.

Adios readers, assalamualaikum (;

Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Perubahan Drastik Mungkin?

Assalamualaikum.
Hm Entri kedua dan tanpa imej imej comel dapat ditepek di sini.

Dah berapa minggu mula sekolah? Alhamdulillah setakat ni buku semua hantar homework semua siap. Berdua saja dalam rumah ditinggalkan ayah. Ayah, kami rindu ayah. Jangan lupa call kami kat sini tanya makan apa minum apa tidur pukul berapa tengah buat apa k? Kami tunggu ni.

Hm nampak tu? Intro benda merapu memang kasi saya lah. Sekali dapat idea macam bah menaip laju gila mak ai. Tapi kalau takda idea memang senyap pikir sejam dua nak tulis apa. Ye tak blogger?

Hai, saya Fatin. Hm ok saya gila.

Saya fikir bila masuk tahun baru mungkin ada teransefomasi <---- pencabulan bahasa ni. Transformasi ye anak anak. Serius saya fikir mungkin ada transformasi ke arah baik. Alhamdulillah ada yang berubah ke arah baik. Ye ada, bukan tak ada langsung k. Hm tp tu lah kan. Tu lah, yang itu tu. Haaa yang tu lah. Ish, betul lah yang tu. Haa yelah itu lah. K diam.

Saya rasa diabaikan. Sorry Firdaus. Saya harus jugak cakap ini benda sebab saya tak boleh tahan. Sebab saya taknak cakap dalam message nanti kita mesti gaduh rancak gila pig kan? Saya taknak gaduh dengan awak sebab hati saya ni rasa sayang kat awak. Eh betul ke ayat? Hati rasa sayang? Tak fatin. Awak yang rasa perasaan sayang tu.

Awak kerja, saya sekolah. Hm kecil lagi rupanya saya ni. Kadang kadang orang tanya bila saya nak besar, saya jawab esok. Padahal esoknya besar tu jugak kan. Tak da beza pun. Dan saya masih macam tu, buat kering tambah bodoh tambah biul lagi.

Hm awak, masa kita dah tak macam dulu. Saya tak pasti kalau saya memahami awak atau tak. Saya tak pasti saya dah lakukan yang terbaik atau tak. Saya cuba bersikap professional. Aneh kan? Budak kecil macam saya boleh berlaku professional? Boleh ke? Boleh kot? Hm. Maaf

Tapi awak, kadang kadang saya rasa saya sorang. Saya rasa awak jauh. Saya rasa awak lari dari saya. Sedih tahu? Nangis sikit. Apa? Taknak? Nangis cepat kalau tak saya tampar.

Saya mintak maaf k awak sebab saya masih tak boleh faham awak. Saya tahu, seharusnya saya faham masa kita terhad. Dunia kita lain. Peringkat kita berbeza. Awak dah dewasa. Saya? Oh saya masih budak sekolah. Tapi macam mana pun awak, saya tetap cuba bahagikan masa untuk awak. Saya tetap pastikan yang kemarin, hari ni, esok dan selamanya saya masih ada untuk awak. Awak tahu tak, saya pun harap macam tu jugak :')

Hm saya rindu. Ya saya rindu. K saya malu sebab terpaksa express kat sini. Tapi takpa, demi awak saya sanggup. Saya rindu awak yang dulu, saya rindu kita yang dulu. Manusia berubah kan sayang? Tapi saya tahu. Awak pun dah cuba yang terbaik kan? Awak dah cuba.

Bila saya fikir, ----->wah hebat kan bila saya cakap ceni? rasa ohsem pulak. HAHAHA. Bila saya fikir balik, saya tahuuuuuu. Ya saya tahu saya tak sepatutnya cakap macam ni. Tapi awak, tolong biar saya cakap macam ni. Sekali ja k awak? Sekali jaaaaa.

Saya nak awak tahu, saya tunggu awak. Saya ada kat sini, sebelah awak. Saya ada di belakang awak. Saya sentiasa sokong awak. Saya ada dengan awak k. Saya kat mana ja yang awak ada. Awak tak pernah hilang saya k.

Satu ja awak yang saya nak minta. Tolongggggg sangat jaga hati saya yang awak dah ambik tu. See? Sekarang saya dah takda hati. Semua awak punya pasal lah. Awak lah yang curi. Tolong jaga hati saya tu k? Saya susah nak bagi hati saya dekat orang sekarang ni. Tapi awak bertuah sebab awak dapat hati saya tu.

Sedar tak sedar, dah banyak benda merapu pelik yang saya taip. Kolam air dekat mata ni pun dah galak. Aku cepuk jugak kang. Kalau pecah kolam air ni, hujan lah rumah saya. Huhu. K saya harap awak baca ni. Kbyeee
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

All The Memories.

Hai, Assalamualaikum



Sebelum dimulakan, berdehem sikit *ehem. Entri khas lagi comel sempena tahun baru two zero one two. Sila baca dengan penuh perasaan dan menghayati segala ayat ayat yang ada dalam entri ni. Anda boleh keluar seketika jika anda mendapati di dalam sangat sejuk dan anda boleh masuk kembali jika dah ok *k tetiba --'

Gimana hidupnya? Keren atau nggak? Ok setop. Tak kewl lah cakap Indon ni, hilang dah Kayell nyewrr. Erk, Kayell? Tolong kalian, sepak saya sikit guna kayu tennis. Eh kayu ke? Tak fatin, racket namanya.

hm agak dalam sebulan ada tak saya hilang? Ampun buk. Bu peri tulun saya bu peri saya butuh wang. ok setop. Kejadah apa panggil bu peri sampai mencarut ni?

Sekarang semuanya wang. Eh tidak, semuanya masih seperti biasa tetapi semuanya perlukan wang. Apa itu wang? Gimana untuk mendapatkan wang? Gimana sih? Oh adik adik jangan bimbang anda boleh petik wang daripada pokok rambutan rumah India depan rumah saya dengan percuma. Sila pergi sekarang k.

Tidak mengapa, wang itu untuk keperluan masa depan. Melabur ke arah jihad fisabilillah. Iya mesti, belajar itu satu jihad bukan? Tidak perlu mengeluh panjang.

Selamat Tahun Baru kawan kawan. Hepi niu yer. Maaf lambat ucap. Sedih kan? Dah masuk tahun baru pakwe pun mesti baru kan? Eh superman apa jeling jeling tumbuk mau? Ok mari recall balik memoriesssssss tahun lepas dua kosong satu satu.

Dua kosong satu satu saya kenal Mohammad Firdaus Bin Mahmud. 2 Jun dua kosong satu satu saya jadi tunang dia. 27 Jun dua kosong satu satu birthday kami celebrate di rumah saya bersama dua orang abang saya dan seorang adik kicik saya.

Hm, kenangan indah itu. Tak dapat luput dari ingatan walaupun cuci dengan clorox. Begitu hebat. Sangat hebat. Dua kosong satu satu banyak tinggalkan sisa sisa bakteria yakult. Eh? Banyak tinggalkan sisa sisa kenangan indah bagi saya. Bersama teman teman sekaler dan semaler. Ungu, Merah, Biru, Oren, Pelangi dan saya sendiri, Hijau. Banyak benda bodoh yang kami lakukan bersama. Sahabat selamanya.

Dua kosong satu satu, menyaksikan tragedi pahit manis kami. Saya pasti rindukan saat tu. Hm pasti.

Dan kini, muncul pula dua kosong satu dua. Tahun baru azam baru niat baru segalanya baru. Dan matlamat hanya satu, 10A's SPM. Yaa, saya bawa harapan ibu ayah pakwe serta keluarga bersama dalam medan peperangan yakni dewan peperiksaan SPM pada November nanti.

Oleh itu saya, Fatin Athirah binti Nurol Hadi pelajar 5sc6 Sekolah Kluster Kecemerlangan Sultan Badlishah ingin memohon seribu ampun atas kekasaran bahasa, terkentut di muka, terludah merata, tercakap tak tentu hala, tersedih tak mengena, terketawa tanpa sebabnya, segala ter yang wujud di muka bumi ini.

Semoga dua kosong satu dua membawa seribu makna serta sejuta bahagia (;



Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p