All The Memories.

Hai, Assalamualaikum



Sebelum dimulakan, berdehem sikit *ehem. Entri khas lagi comel sempena tahun baru two zero one two. Sila baca dengan penuh perasaan dan menghayati segala ayat ayat yang ada dalam entri ni. Anda boleh keluar seketika jika anda mendapati di dalam sangat sejuk dan anda boleh masuk kembali jika dah ok *k tetiba --'

Gimana hidupnya? Keren atau nggak? Ok setop. Tak kewl lah cakap Indon ni, hilang dah Kayell nyewrr. Erk, Kayell? Tolong kalian, sepak saya sikit guna kayu tennis. Eh kayu ke? Tak fatin, racket namanya.

hm agak dalam sebulan ada tak saya hilang? Ampun buk. Bu peri tulun saya bu peri saya butuh wang. ok setop. Kejadah apa panggil bu peri sampai mencarut ni?

Sekarang semuanya wang. Eh tidak, semuanya masih seperti biasa tetapi semuanya perlukan wang. Apa itu wang? Gimana untuk mendapatkan wang? Gimana sih? Oh adik adik jangan bimbang anda boleh petik wang daripada pokok rambutan rumah India depan rumah saya dengan percuma. Sila pergi sekarang k.

Tidak mengapa, wang itu untuk keperluan masa depan. Melabur ke arah jihad fisabilillah. Iya mesti, belajar itu satu jihad bukan? Tidak perlu mengeluh panjang.

Selamat Tahun Baru kawan kawan. Hepi niu yer. Maaf lambat ucap. Sedih kan? Dah masuk tahun baru pakwe pun mesti baru kan? Eh superman apa jeling jeling tumbuk mau? Ok mari recall balik memoriesssssss tahun lepas dua kosong satu satu.

Dua kosong satu satu saya kenal Mohammad Firdaus Bin Mahmud. 2 Jun dua kosong satu satu saya jadi tunang dia. 27 Jun dua kosong satu satu birthday kami celebrate di rumah saya bersama dua orang abang saya dan seorang adik kicik saya.

Hm, kenangan indah itu. Tak dapat luput dari ingatan walaupun cuci dengan clorox. Begitu hebat. Sangat hebat. Dua kosong satu satu banyak tinggalkan sisa sisa bakteria yakult. Eh? Banyak tinggalkan sisa sisa kenangan indah bagi saya. Bersama teman teman sekaler dan semaler. Ungu, Merah, Biru, Oren, Pelangi dan saya sendiri, Hijau. Banyak benda bodoh yang kami lakukan bersama. Sahabat selamanya.

Dua kosong satu satu, menyaksikan tragedi pahit manis kami. Saya pasti rindukan saat tu. Hm pasti.

Dan kini, muncul pula dua kosong satu dua. Tahun baru azam baru niat baru segalanya baru. Dan matlamat hanya satu, 10A's SPM. Yaa, saya bawa harapan ibu ayah pakwe serta keluarga bersama dalam medan peperangan yakni dewan peperiksaan SPM pada November nanti.

Oleh itu saya, Fatin Athirah binti Nurol Hadi pelajar 5sc6 Sekolah Kluster Kecemerlangan Sultan Badlishah ingin memohon seribu ampun atas kekasaran bahasa, terkentut di muka, terludah merata, tercakap tak tentu hala, tersedih tak mengena, terketawa tanpa sebabnya, segala ter yang wujud di muka bumi ini.

Semoga dua kosong satu dua membawa seribu makna serta sejuta bahagia (;



Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: