Birthday Boy

 Assalamualaikum.

Entry khas buat lelaki saya. Ehem.

Hai awak yang macho yang hensem yang cute yang taf yang gila yang gedik yang semuanya. Selamat hari lahir yang keeee. Ke berapa eh? Oh, ketujuhbelas. Maafla saya lahir dulu dari awak. Ini sebabnya masa dalam perut mama saya dah gedik tendang tendang nak keluar awal. Sooooo gedik kan?

Awak dah besar. Dah matured. Dah boleh kahwin. Ihik *gedik. Jadi seharusnya lah awak jadi lebih dewasa, biar saya je yang jadi budak budak sebab saya comel ok? Diulangi, comel. Dah banyak pesanan dalam message sampai dah jadi tiga ke empat page dah. Tapi saya tak jemu. Saya tetap nak pesan banyak banyak biar awak muak sampai muntah. Padan muka.

Ehem. Menemui lelaki yang gedik lagi gila. *cheyyyy

Diharapkan awak jadi lelaki kuat. Semakin hari awak semakin berubah. Semakin jadi yang terbaik. Semakin boleh membimbing. Semakin berjaya. Tahniah sayang. Awak lelaki terhebat. Biar kita pernah terputus hubungan, biar kita punya pasangan masing masing, tapi zahirnya kita tetap berkawan. Kita tetap bersama. Biarpun sebagai kawan mahupun lawan. Kita tak pernah berpisah. Ya, saya bangga itu.

Muhammad Arif,

Entri pendek ni bawa seribu makna. Lahir dari keikhlasan hati. Pesan saya, semoga tarikh ini, 24 Ogos awak lebih matang dalam kehidupan. Awak lebih tabah, kuat hadapi semuanya. Maksud saya semuanya. Saya janji, saya akan cuba ada untuk awak setiap masa. Kenangan kita, simpan semuanya. Biar pahit, manis, semuanya kenangan. Kita takkan kuat kalau takda kenangan tu kan?

Lelaki yang punya hati saya,

Jaga hati saya baik baik ok? Dan saya jugak janji, saya akan jaga hati awak sebaiknya. Maafkan atas semua salah saya, khilaf saya. Saya akan cuba, usaha untuk jadi yang terbaik. Saya ambik serius bila awak cakap awak serius. Saya bangga, senang hati sebab awak dah cakap dgn parents saya. Sesungguhnya awak lelaki berani :)

Happy Birthday sayang. My life wouldnt be better without you by my side. Thanks for all the strength that you gave me before. Im gettin stronger because of you. Stay cool okay ayep? Take care.

Love,
Fatin Athirah.
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Itu awak.


Assalamualaikum.

Esok raya! -.- Esok exam broh. Exam.

Hai awak *lambai tangan.

Yang comel itu awak. Yang manis itu awak. Yang caring itu awak. Yang gila itu awak. Yang manja itu awak. Yang saya sayang itu awak. Yang saya cinta itu awak. Yang saya nak itu awak. Yang saya punya itu awak. Yang segalanya itu awak :)

Esok exam, awak jangan lupa ambik tempat sebelah saya masa exam RC ok? Jangan lupa pass answer sheet dekat saya tau? Jangan lupa lagi share set square dengan saya. Oh, lagi lagi. Jangan lupa sembang dengan saya. Boleh kan? *tempah maut.

Joke joke joke. Kejadah semut penuh kat laptop ni. Ternak gula kehapa.

Buat awak, jantung hati limpa kidney blood vessel lungs brain eyes mouth nose muscles *k over. Buat awak, semoga awak tenang. Semoga Allah beri awak kemudahan jawab semua soalan. Semua tau? Semoga awak tak neves tangan ketaq-2 macam parkinson. Semoga awak ingat saya masa exam so boleh la jawapan tu semua tulis Fatinnnnnn ja kan?

Saya doakan awak. Semoga cepat kawen dengan saya. Ceyy kejadah takdak kena mengena pun. Saya doa awak dipermudahkan segalanya. Semoga apa yang awak baca, awak study selama ni ada buahnya. Semoga awak dapat buktikan yang awak memang boleh.

Awak rajin, awak pandai, awak taf *tiba tiba. Usaha yang awak dah buat, pastikan berhasil. Jadi awak takkan menyesal. Ok? K cun.

Lagi lagi, Selamat Hari Raya :) Saya mintak maaf atas semuanya. Tersalah bicara, terkasar bahasa, tertendang dekat mana-2, terjeling mengada, tergedik manja, termarah mcm org gila, tersuka lebih hadnya, terbuat awak jeles tak tentu hala, dan segala ter yang ada okay?

Saya happy. Baju raya kita sama, kan? Yeay!

Wo ai ni <3
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Assalamualaikum.

Ehem. Ni untuk kamu. Ya, kamu. Siapa ja kamu, asalkan kamu sedar ini untuk kamu. Ok kamu?

*lap ayaq mata. Kejadah mula pun belum dah lap ayaq mata bagai. Ingat lawak?*tiru style Farihan cakap.
K tak lawak pun.

Hai kamu. *guna saya okay.
Hai. Saya bukan Kate Middleton yang cantik tu. Saya bukan Taylor Swift yang pandai menyanyi tu. Saya bukan Megan Nicole yang comel tu. Tapi saya, saya sendiri. Fatin Athirah.

Mungkin saya gila. Mungkin bila saya marah muka saya mcm hulk. Tapi itu sifat natural saya. Natural lagi comel ok. Tolong muntah sekarang.

Saya sayang awak. Sayang okay? Bukan mcm awak tengok saya, saya tengok awak lepastu lari keliling pokok ala ala sweet gitu. Eh bukan macam tu. Nonono. Sayang ni macam saya tengok awak lama lama rasa macam taknak lepas lepastu harap awak jadi milik saya selamanya. *mata galak. Eh, faham ke?

Biar saya bangang abadi, lembab selamanya, lengai selalu, tapi itu saya. Saya tak kopikat. Tak tiru orang lain. Itu memang saya.

Biar jugak saya tak sebaik dia, secantik dia, biar saya tak boleh jadi macam dia. Tak boleh nak teman awak selalu. Tapi ini saya. Saya bangga jadi saya.

Memang, saya ego. Saya hati batu. Saya jugak keras kepala. Tapi ini saya. Saya harap awak faham.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga kita jadi pasangan sampai syurga. Semoga hati awak lembut, hati saya jugak lembut. Semoga kita sama sama dapat berubah. Semoga semuanya lancar. Semoga saya tak kan rasa macam nak tumbuk muka sendiri lagi.

Ingat pesan saya. Jadi lelaki jangan tinggi egonya. Jadi lelaki jangan kasar. Jadi lelaki biar gentle. Taf taf gitu. Jadi lelaki biar sentiasa rilek, jangan cakap kasar dengan perempuan. Jadi lelaki biar tahu berfikir, biar nampak ciri ciri leader nya. Jadi lelaki kena pandai jaga orang yang dia sayang. Jadi lelaki kena pandai pujuk orang. Jadi lelaki jugak kena banyak pengorbanan :')

Sayang saya ikhlas. Untuk awak.
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p