What Goes Around comes Around

Hey.

Kemarin Hari Sukan skola aku. SMKSB. Aku? Incharge untuk bawak KRS dan acara final 100m dengan 4x100m. Kay, kami keluar kelas awal. Lepas rehat dah keluar. Pergi set barang, aksesori, drill semua. Even keluar awal, tapi masa tetap tak cukup. Yelah, majoriti junior. Nak kena ajar pakai drill bagai. Memang benda tue yang paling aku benci. Menyakitkan tangan dan jari aku yang comel comel ni.

Dah dekat pukul 2 lebih, kami gerak pergi padang. Ambik tempat. Aku memberi harapan buat kali terakhir. Terpaksa menyedapkan hati sendiri even aku tau benda akan jadi lain. Yelah, baru 3 minggu training. Mana nak dapat catch up. Aku cakap, buat yang terbaik. Kita perlukan benda nie memandangkan kami semua dah dipinggirkan. Serius macam shit. Padahal selama nie kami yang banyak bagi sumbangan.

Senior senior semua turun tolong. Depa pn simpan harapan kebih kurang macam aku jeaa. Tapi takpaa, dah takda rezeki. Aku akan cuba untuk daerah tahun depan. Aku akan pastikan aku buat yang terbaik. Badlishah akan naik number satu balik InsyaAllah. Aku akan tunjuk dekat depa depa yang buat kami macam tahi tu. Aku akan tunjuk kami pun boleh laaa.

Lepas habis kawad, sorang sorang budak aku down. Ada yang dah lembik nak pengsan. Aku pun kesian sangat. Pegi laa teman dia. Sampai aku tak sempat salin baju untuk acara final 100m. Acara tu acara first actually. Aku pun ganti orang jea time saringan tu. Taktau pulak dapat pi final. Haih, nasib nasib.

Lepas tu melilau sat. Tunggu kepeng dengan abang abang aku. Then bila depa dh sampai, aku ambik number and pi salin baju untuk acara 4x100. Nervous tu jangan cakap laa. Dah sampai event kami, kami pegi ambik tempat. Mula mula first runner dah ambik tempat. Yang kami ni tak sempat ambik tempat lagi, blower dah bunyi. Munya kalot cari tempat. Then lari jugak ahh. Aku memang dah elok leading dah tadi. Dah number satu dah.

Then bila dah habis, cikgu cakap kena buat lain. I was just like, Pffffft! Macam shiall. Orang dah letih letih, dah habes all out dah, tengok tengok kena buat lagi sekali. Depa cakap take five. Kami akan mula balik lepas L1.  Masa tue memang dah nanges ahh. Aku dengan Kak Seha memang dah down gegilaa ah. Letih kot. Aku dah la tak sempat nak sedut healer tuh. Memang cari maut ahh.

Bila dah nak mula balik, aku kuatkan semangat. Kak Seha cakap jangan fikir kalah menang, just habiskan. Try yang terbaik. Aku pun try ahh. Masa first runner tu lari, memang tak tinggal jauh ahh. Berbanding first round tadi, Kak Seha sebagai first runner memang tinggal runner runner yang lain jauh berganda. Tapi sebab letih kot dia takleh nak all out. Dah nak sampai kat aku, aku jadi nervous gila. aku memang all out ahh. Mula mula aku leading. Memang terbaik ah. Lepastu nak sampai dekat third runner, kena potong sikit. Kepeng cakap aku pancit terok.

Tapi alhamdulillah lah, kami dapat jugak medal even bronze. Janji dapat. Now, Hari Sukan is over. Waiting for MSSK. Aku nak pastikan yang gold medal dalam tangan aku. Aku mesti boleh. Aku kena yakin.

Buat adik adik KRS, and senior yang sebaya dengan aku. Sorry aku takleh buat yang terbaik. Aku takleh bagi hampa rasa menang. Tapi insyaAllah daerah tahun depan ada lagi. So kita try yang terbaik munya. Thanks sebab banyak support. Paling banyak buat keja aku dengan Zaty ahh. Thanks Zaty. Hang memang layak jadi ketua. Aku bersyukur hang yang dapat jadi ketua. Buat adik adik, hampa semua kena banyak belajaq lagi. Thanks for everything. Even aku banyak kali down, tapi aku yakin dengan KRS Putri :)

p/s: Nervous waiting for MSSK :D
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: