Keserabutan.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang, hidup tak seindah yang diimpikan. Usaha yang keras membuahkan hasil yang sangat memuaskan. Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita dah buat salah. Kita tak sedar yang keputusan kita akan membuatkan kita menyesal, kita fikir yang benda tu yang terbaik untuk kita, sedangkan tidak. Dan bila kita dah dapat hasilnya, kita sendiri kecewa, menyesal dengan keputusan yang dibuat.


Begitu juga aku. Benda yang dah jadi, dah tak boleh patah balik. Nie keputusan yang diambil, aku kena akur. Akur dengan keputusan sendiri. Bila difikirkan balik, menyesal tak sudah. Itu pentingnya berfikir sebelum mengambil tindakan. Jangan salahkan orang lain bila keputusan yang kita buat tue mengecewakan kerana semua tu keputusan sendiri. Jangan salahkan takdir atas apa yang berlaku. Pengalaman mematangkan.

Allah maha adil. Mungkin ada sesuatu di sebalik kekecewaan. Tapi, nie semua pengajaran. Berhati-hatilah sebelum membuat keputusan. Bila hati berbelah bagi, bila kecelaruan menguasai, semuanya jadi kacau. Otak jadi serabut, kepala jadi sakit, hati jadi tak tenang dan dada rasa semput. Tak dinafikan, dalam hidup kita perlu memilih. Kalau diikutkan, semuanya perlu ada pilihan. Semua benda perlu dipilih. Tanpa disedari, pilihan yang dibuat menentukan jalan selepas ni.

Mungkin ada yang tak faham dengan entry aku kali ni. Mungkin ada yang faham. Aku cuma nak menyatakan yang mood aku tak berapa elok dalam dua tiga hari ni. Jadi kalau aku termaki atau terhamun sesapa, aku mintak maaf. Aku cuma manusia yang tak lari dari melakukan kesilapan.

Aku cuma perlu membuat pilihan sekali lagi. Ya allah, bantulah aku
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: