Taktahu nak letak title ape -,-

Assalamualaikum.

Kadang-kadang, hidup tak seindah yang kita impikan. Kadang-kadang, dugaan datang bertimpa. Tanpa kita sedar, dugaan tue yang menguatkan kita. Kita lemah, cuma bergantung kepada Dia. Dugaan yang datang tue Dia berikan mungkin kerana kita dah lama lupakan Dia. Mungkin Dia nak ingatkan, kita masih ada pegangan. Masih ada hala tuju hidup.

Bila orang berjanji dengan kita, jangan kita ambil serius. Kadang-kadang janji tu takkan ditepati sepenuhnya. Unless kita kenal dia betul-betul. Hargai orang yang selalu ada dengan kita. Bukan orang yang mencari kita hanya bila perlu. Ingat salah kita dekat orang. Bukan ingat baik kita dekat orang. Kebaikan yang ikhlas tak pernah menerima balasan. Itu kebaikan sebenar.

Jika kita punca masalah, minta maaf lebih baik dari berdiam diri. Jangan ingat orang lain punca semua masalah kita, kerana kadangkala masalah tu berpunca dari diri sendiri. Muhasabah diri, itu cara terbaik. Jangan jadi ego, kerana orang yang ego sangatlah rugi.

Hidup nie mengajar aku seribu satu erti. Erti kesabaran, erti kasih sayang. Dugaan yang datang mengajar aku tentang hidup. Orang-orang sekeliling aku banyak membantu. Banyak memberi aku semangat, kekuatan dan mengajar aku untuk lebih matang. Setiap kali aku lemah, mereka bantu aku untuk bangun. Pentingnya seorang ABANG dan seorang ADIK.

Saat aku dah lemah, aku sentiasa ingat aku masih ada Firdaus. Aku masih ada Farid. Aku masih ada Atoi. Dan yang penting, keluarga yang selalu ada dengan aku. Kata-kata semangat dari mereka memang membangkitkan. Maaf, benarkan aku bercakap sedikit tentang Farid.

Farid memang abang yang bertanggungjawab. Besarnya pengorbanan dia untuk adik-adik dia. Untuk aku. Setiap kali aku buat benda bodoh, dia mesti nasihatkan aku. Nasihatnya memang masuk akal. Memang memberi kesan sehingga aku menangis mendengar. Ya Allah berdosanya aku. Aku bersyukur kerana mengenali orang seperti Farid, Atoi dan Firdaus.

Atoi? Bagi aku, Atoi segalanya. Aku perlu kan dia sama macam aku perlukan family aku. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Ini bukan statement lesbian atau apa, tapi memang aku sayang dia. Dia selalu ada dalam susah senang aku. Dia tak pernah merungut mendengar semua cerita aku. Bagi aku, dia pelengkap hidup. Sebab aku tak pernah fikir yang aku akan ada adik macam dia. Sekarang dah lengkap hidup aku. Ada family, ada abang, ada adik dan ada kepeng.

Tak lupa jugak Syaz, Mira, Kimin, Azah, Fatin dan semua yang selalu ada dengan aku. Syaz, thanks sebab banyak bagi semangat dekat akak. Yang lain juga. Kamu semua penting sayangs. Sangatlah penting. Ingat, semua benda jadi ada sebab.

Mungkin semua nie pengajaran bagi aku. Yang penting, aku harus kuat. Aku harus berani untuk bina hidup yang baru dan melatih diri untuk jadi aku yang lebih baik. Aku harap hidup aku yang lepas nie akan jadi lebih baik. Insyaallah.
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: