#Korban

Assalamualaikum.

*Guna saya untuk entry ni

Hebat hari ni. Awesome hari ni. Terbaik hari ni. Gempak hari ni. Meletup hari ni. Okay sama ja semua tu. Bak kata saya, memang hari ni best :D

Ohh malam ni sejuk gila. Hujan turun tak henti henti. Bulu roma menegak naik sebab terlampau sejuk sampai gigi bunyi ketap ketap ketap #okay tipu. Okay bulu, aku respect hang sebab hang boleh berdiri tegak berdiri atas kaki sendiri. Bulu ada kaki ka? Oihhh, merapu jauh dah niii.

Okay sepatutnya semua orang dah start cuti. Cuti raya. Alahai raya lagi. Untunglah kan dapat raya banyak kali. Tapi kali ni saya dapat jemputan tengok orang sembelih lembu. Alahai biasalah orang dah penting ni meratalah jemputan nya. Okay percayalah lagi cakap saya ni. Hm

Tadi saya jumpa Farro, ihak. Saya jumpa Ceah, ihok. Saya jumpa Jayjayy, ihik. Saya jumpa Sufiya, ihiak. Saya jumpa Tasha, Chipmunk dan Shadow, ihek. Okay awok boleh ketuk kepala saya kerana ihak ihok ihik ihiak dan ihek tu. Dah macam orang bodoh dah :D

Saya menang bowling second game. Hihi. Oyeah saya hebat. Okay, lempang sikit.

Sebenarnya saya tak mempunyai banyak ide ide yang menarik untuk tatapan kalian. Cuma beberapa potong ayat skema dan mengikut bahasa yang sememangnya saya tahu anda tahu dia tahu dan semua tahu.

Ehem, tiada gambar yang dapat dipampang di laman ini kerana saya sememangnya malas untuk mengupload mana mana gambar yang saya rasa ingin upload. Sebenarnya saya malu kerana gambar yang diambil semasa outing tadi amatlah buruk sekali. Muka comel saya dah bertukar menjadi seperti muka Alien dalam movie Alien vs Predator. Pernah tengok? Tak pernah? Okay abaikan.

Seringkali saya melihat pengguna Facebook menjadi semakin poyo. Alahai, hati kecil ni dah tumbuk gedebuk gedabak kerana ingin mengekspresi kan sesuatu yang berbunyi seperti ini ; Ewah kata orang kau lebih, diri sendiri tu dah bagus sangat ke banggg. Okay ini ditujukan kepada saya sendiri tiada kena mengena dengan pengguna Facebook atau Bloggers.

Maaf kerana menggunakan bahasa yang terlalu baku. Saya anak cemerlang. Saya anak Malaysia. Jadi saya bangga dengan Bahasa Melayu meskipun subjek Bahasa Melayu saya B dalam final exam lepas. Alahai malunyaa --'

Okay selamat maju jaya untuk calon SPM. Majulah SPM untuk negara. Ehh, apa ni. Belajar lah anda dari sekarang. Jangan nanti bila dah dapat result baru hati nak gedebuk jatuh luruh sedih dan mengerti erti penyesalan. Saya tahu, saya dah merasainya :D

p/s ; comelnya ayat saya nii -..-
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: