#Back

Assalamualaikum jawab cepat jawab jawab.

Entri berkenaan aku. Ya aku. Siapa tak kenal aku? Memang ramai yang tak kenal pun kan. Bukanlah pasal aku sangat, tapi pasal benda yang bercampur. Macam entri sebelum ni, jadi kalau tak rasa tak hingin tak kebuluq tak kelapaq nak baca sila angkat kaki belah. Belah weh belah. Okay biadap.

Yeay, kemarin raya hari ni raya esok raya lusa raya selamanya raya. Melebih dah ni raya banyak sangat. Pui sana. Seharian aku kebulur aiskrim. Oh tidak, sememangnya aku tahu kau tahu dia tahu mereka tahu dan semua tahu aiskrim itu menggemukkan. Siapa dapat tahan panahan aiskrim tuuu? Cebagitau.

Sebelum aku pergi jauh, #cewah lempang sikit. Sebelum aku menulis (taip letewww) lebih jauh, aku ingin menegaskan sekali lagi bahawa aku menggunakan ayat baku. Perlu aku ulangi? Ya, BAKU. Aku merasakan yang ayat ayat baku ini terlalu cool sehingga aku tertarik menarik kau memang dabom untuk menggunakannya dalam penulisan (sekali lagi, pengetaipan) dalam blog comel ini. Puiii

Hati oh hati. Hati aku tersentuh menangis meraung tengok lembu lembu yang tak bersalah dikorbankan. Apakah hayat lembu lembu itu di dunia ini hanya untuk meragut rumput rumput hijau dan dikorbakan begitu sahaja? Begitukah? Beginikah? Bagaimanakah? Mengapakah? Over sudah.

Hati cakap kasihan, tapi mulut tetap penuh mengunyah ngup ngap ngup ngap daging korban yang dibuat sup. Oh tidak semakin bertambah kolestrol dan lemak tepu yang sememangnya sudah banyak dalam tubuh kecil yang tak berapa nak kecil ni.

Hari ni aku dapat jumpa kepeng. Dalam sepuluh minit mungkin? Sememangnya tidak mencukupi tapi aku harus faham. Rezeki tak berpihak kepada kami. Cewah ayat pasrah. Puiii

Sememangnya semakin ramai fakers di Fb yang menggunakan gambar-II korean guys atau chinese guys. Apa motif semua ni? Untuk tampak handsome mungkin? Atau untuk mengejar populariti? Oh kau sedar tak tanpa kau sedari kau dah buat orang lain rasa annoying semasa mereka sedar? Apa yang aku cuba sampaikan ni? Abaikan. Kesimpulannya, guna lahh gambar anda sendiri.

hey kaklong banglong, bangga sikit dengan muka yang Allah dah jadikan tu. Tak payah jadi fakers nanti orang lain meluat. Tengok pun dah tau kau tu fakers kea tak. HAHAHA

Okay mungkin itu yang sedang berlegar dalam kepala otak orang lain. Aku contohnya.

Aku rasa cukuplah untuk hari ni. Entri panjang tak bermakna kau, kau dan kau baca sampai habis kan? Okbye.

Lots of loveeee, Flaneur
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: