# Wordless




Assalamualaikum, hai, selamat petang, selamat sejahtera dan selamat segala-galanya.

Tadi saya baca paper. Utusan dengan Metro. Ada article pasal arwah. Hurm, hati sayu bila baca. Mama saya cakap, yang dah pergi tu kita kena redha. Sedekahkan al-Fatihah, doa banyak banyak supaya arwah aman kat sana. Jadi, saya ikhlas doakan supaya Arwah tenang, ditempatkan di sisi orang orang yang beriman. Saya pasti, nama Muhammad Izzat bin Nordin akan kekal dalam ingatan setiap sahabatnya.

Okayy, raya dah dekat. Persiapan almost done. Tapi tahun nie tak bersemangat sangat nak raya. Rindukan Arwah Wan :')

Kalau Arwah Wan ada, dia akan pasangkan pelita keliling rumah. Supaya cucu cucu dia rasa senang nak main bunga api, mercun. Dia akan cari buluh, nak buat lemang dengan cucu cucu dia. Dia bawak cucu dia pergi beli makanan untuk berbuka. Lepastu dia akan tersenyum bila tengok cucu cucu dia main bunga api. Dia mesti akan dukung cucu cucu dia yang baby baby lagi even dia dah tak kuat.

Pagi raya, mesti dia nampak handsome sangat pakai baju melayu. Wangi nya dia. Bila dia senyum, mesti mata dia mengecil. Untunglahh kami sempat beraya bersama masa dua tahun lepas kalau tak silap. Untunglahh ada gambar yang boleh kami tatap masa pagi raya. Untunglah dapat rasa kasih sayang dia masa dia ada (:

Sekarang Arwah mesti tenang kat sana. Arwah pergi senang sangat. Masa malam tu, tenang sangat. Pagi tu masa nak kebumikan Arwah, langit cerah. Sejuk. Malam tu, bulan cantik. Subhanallah. Kalimah kalimah Allah tak pernah lekang dari mulut Arwah. Arwah jaga solat, jaga segala galanya. Sebelum Arwah pergi, Arwah sempat baca Yasin dan diulangnya dua kali. Ya Allah, rindunya saya dekat Arwah :')

Takpelah, yang pergi tetap pergi kan? Kita yang hidup kena beringat ajal menanti.

Ohh ya, saya balik kampung Isnin nie. Lepas dah balik sini, jangan lupa datang rumah tau? Insyaallah saya buat open house macam tahun tahun sebelum nie okay?

Ohh awakkk. Saya kecewa dengan awak lah. Kenapa tak tanya saya dulu? Selama nie apa yang saya nak buat mesti saya tanya awak. Tapi awak? Tak pun. Bukan saya nak kongkong awak. Tapi tanya lah dulu. At least saya rasa saya penting. Keputusan kita buat bersama. Kan?

Tapi awak dah buat keputusan sendiri. Nak buat cemana lah kan? Takpee, even saya tak penting pun saya tetap sayangkan awak. Sedih saya tau awak. Tapi takpe, saya kuat. Awak balik kampung kan hari nie? Jaga diri awak. Saya nak cakap Selamat Hari Raya dekat awak. Maafkan semua salah saya.

Abang long, jangan sedih lagi. Adek sedih, along pun nak sedih jugak kan? Jangan lah sedih. Adek nak cakap, Selamat Hari Raya tau tau? Nanti jangan lupa datang rumah. Adek doa raya tahun nie lagi gempakkebabomgilawow dari raya raya yang lepas kayy? Adek sayangss along. Hikhok (:

Abang ngah jugak. Selamat Hari Raya. Duet raya jangan lupa kayy? Sayangss angah (:

Dayah, Mira, Atoi, Fatin, Kimin, Azah, Adek Faiz,
Selamat Hari Raya. Kak Atyn mintak maaf kayy kalau ada buat salah, tersalah cakap, melawak kasar or what kayy? Raya jangan lupa datang rumah akak. Adek Faiz, adek sorang jeaa adek laki yang rapat gilos dengan akak aw. Jaga diri, raya elok elok. Jangan main mercun kayy? Sayangs hampa semua rapat rapat (:

P/s : Teringat masa kecik kecik dulu (:


Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

2 comments:

Muhd Faiz said...

alahai terharunya adik baca. bukan sng akk nak menshen nama adik kt blog ni. wuuu. adik syg akk :)

mizFatyn said...

sygs adik jugak (: