# Takziah buat keluarga Arwah .


Assalamualaikum .

Dalam dunia nie, tak semuanyaa indah. Sekali sekala kita akan rasa jugak pahitnya hidup. Segala yang datang tak kira indah atau tak, semuanya kena lalui. Ajal dan maut kita tak tahu. Allah tentukan segalanya. Jadi, kita kena sentiasa bersedia dengan amal yang kita lakukan supaya kita rasa tenang nak menghadap pencipta nanti.

Kejadian nie memang menginsafkan. Tanggal 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432 Hijrah, perginya seorang insan yang pernah dikenali. Meskipun hanya sekali dua bercakap, tapi kesannya tetap terasa. Begitu jugak dengan dua tiga orang insan yang pernah singgah di hati Arwah.

Izzat Nordin, seorang insan yang sangat menghormati perempuan. Saya tak kenal dia banyak. Tapi saya percaya, arwah seorang yang sangat disayangi. Kalau bercakap dengan arwah, dia akan bercakap selembut yang boleh. Arwah periang. Senyuman tak pernah lekang.

Tapi, Allah lebih sayangkan Arwah. Perginya Arwah dalam bulan suci. Ramai yang terkilan sebab lagi beberapa hari jea nak raya. Arwah memang sangat dikenali kebanyakan pelajar SMKSB.

Semalam, macam mimpi sebab dengar arwah dah tak ada. Kaki tangan menggeletar. Berfikir macam mana cara nak bagitau dekat orang yang pernah dekat dengan arwah. Dah memang di sangka, ketiga tiga orang tak percaya. Hati perempuan lembut. Allah maha kuasa. Saya dapat lihat air mata mereka jatuh di hadapan saya meskipun sebelum nie air mata mereka memang jarang sangat keluar.

Saya cuma mampu berkata sabar. Pagi tadi, ada bacaan yasin. Saya pasti. Ramai yang sedekahkan bacaan yasin tu untuk arwah.

Buat dua orang sahabat rapat dan seorang junior saya yang pernah singgah di hati arwah, saya ucapkan takziah. Bersabarlah. Ada hikmah di sebalik kejadian nie. Semoga kejadian nie jadi pengajaran buat kita.

Aina, Farah. Simpan kenangan arwah bersama hampa rapat rapat dalam hati. Sedekah doa banyak banyak. Be strong. Sesungguhnya kenangan tu susah nak dapat, dan takkan dapat lagi. Simpan wajah arwah dalam ingatan. Biar arwah tahu, even dia dah tak da, hampa masih ingat dia. Aku faham perasaan hampa. Memang susah nak terima orang yang pernah kita sayang dah tak da. Qada' dan Qadar Allah. Mungkin itu yang terbaik untuk dia.

Buat Kiki, simpan handphone dan jacket arwah yang ada kat Kiki. Arwah pernah cakap, kalau dia dah tak da simpan elok elok kan barang dia? Jaga amanah dia. Kuatkan semangat. Biar dia dah tak da dalam dunia nie, tapi dia masih hidup dalam hati dan ingatan Kiki. Macam yang kak Atyn cakap tadi kan?

Kuat lah sayang sayang ku. Aku tak suka tengok hampa nanes :'(

P/s : makin banyak kemalangan berlaku sekarang. Ya allah, lindungilah aku dan keluargaku serta keluarga Irfanah :')



Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

4 comments:

Farah :) said...

takziah buat keluarga arwah dan kawan2 arwah . sabar yea . err . sedih baca T_T

mizFatyn said...

Thanks farah :')

mrsfarman said...

sedih gila kot , rasa nak nanges meyh baca entry hang . huhuh

mizFatyn said...

Aku terasa gila :'(