F A T I N A T H I R A H

Assalamualaikum. Bak kata Cik Maria Elena, kalau tak jawab dosa. Kalau jawab sayang :)

Malam nie nak cerita pasal sorang pompuan nie. Umur 16. Tapi perangai? Agak kebudak budakan. Tapi fikiran dia matang. Kalau dia fikir, dia fikir semua sekali termasuk baik buruk. Cuma kadang kadang dia jadi agak bodoh sedikit. Saya cakap berdasarkan pengalaman :)

Budak ni cepat sangat nak terasa. Dia sensitif. Sebabnya? Dia anak tunggal. Tapi sepanjang dia hidup jadi anak tunggal, dia tak pernah dimanjakan teruk teruk. Sebab tu dia dah pandai belajar hidup sendiri. Walaupun dia masih bergantung dengan parents, tapi dia jarang nak meminta. Kalau masa beli baju raya, dia akan tengok price tag dulu. Baru dia ambik. Tapi, parents dia tak pernah nak menghalang dia nak beli baju semahal mana pun :)

Dari kecik, dia rapat dengan sepupu sepupu dia. Dia selalu overnight umah mak saudara dia. Kalau dua minggu cuti, dua minggu lah dia kat sana. Kalau sebulan, sebulan lah dia menghilang pergi Sungai Petani. Bagi dia, bila dia ada dengan sepupu sepupu dia, itu dunia dia yang sebenar. Dengan mereka, dia tak perlu nak menyimpan semua. Dia hanya perlu bersuara. Bagi dia, mereka semua tuh dah macam kakak kakak dia sendiri :')

Tapi bila dia dah membesar, dia jarang lepak lepak overnight hang out lagi dengan mereka tuh semua. Sebabnya dia rasa dia dah besar. Jadi better duduk rumah buat hal sendiri. Jadi sekarang, apa apa masalah dia cuma simpan. Kadang kadang dia luahkan dekat orang terdekat. Cuma orang yang betul kenal dia akan faham dia. Tapi setakat nie, cuma seorang yang betul betul faham dia. Nazatul Izzati :)

Sekarang, dia selalu jea ada masalah. Tapi dia tahu, dia kuat. Dia boleh handle ni semua sendiri. Dia rasa dia dah cukup kuat. Dah cukup hebat. Biarkan dia rasa macam tu. Selagi dia boleh bertahan, dia tahan. Tapi dia ni bukan kuat mana pun. Lembik. Bajet kuat jea, puih sikit. Dah rasa dia cukup besar kot. Dah cukup matang kot. Mampos lah kau --'

Satu malam, dia IM dengan kawan dia. Dia dah anggap kawan dia tu macam Abg Long dia tau. Dia ada dua abang. Abg Ngah dgn Abg Long. Sorang lagi budak nama Matt. Budak tu pun dah dianggap macam abang dia sendiri. Tiba-tiba, abang dia cakab. ''Aku rasa family ni mcm dah takda''. Dia sedih tau bila abg dia cakab macam tu. Tapi dia senyum. Dia faham sebab masa tu abg long dia tu tengah sedih. Dia layan je. Dia harap family dia lagi satu ni tetap ada dengan dia sampai bila bila. Dia kuat sebab dia ada parents dia, abang abang dia. Dia sayang sangat family family dia nie. Dia jugak berharap sangat family dia ni kekal sampai bila bila. Takkan berpecah :')

Hati dia ni dah macam sayur yang layu. Tudiaaa. Nahh. Dah serik sangat. Terlalu kecewa. Saya harap nanti hati dia cepat smbuh. Saya harap dia takkan buat keja bodoh lagi. Saya jugak harap yang di akan jadi lebih kuat.

Awak tahu sapa pompuan ni? Kalau tahu, baguslah. Fatin Athirah nama diberi. Seorang perempuan yang takda apa apa, lemah, lembik, lengai, segala galanya. Semoga hari hari mendatang akan menjadi hari yang terindah, terbaik dan dapat mengubah nasibnya. Semoga jugak dia dapat bertahan :)
Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: