sounds like i'm hacking my lungs out .

feel like my lungs and my throat is going out . damn ! it hurts so badly .
rasa macam spongebob dekat atas nie , bapak saket . orang cakap , saket tue sebab nak buang dosa . alhamdulillah . tapi , aku tak sekuat nie . aku bukan seorang penggemar ubat meskipun dari kecil aku hidup bergantung dengan ubat . sejak kecil , hospital bagai rumah kedua aku . keluar masuk tak kira masa . cuma lebih kepada hotel , bukan rumah . sejak kecil , tangan aku dah selalu bengkak disebabkan drip . berbotol botol air yang dimasukkan . aku masih tak mengerti apa apa masa tue . yang aku tahu , nak tarik drip tue . hidup dalam keadaan bergantung kepada ubat , sangat lah susah . setiap masa kena pastikan ubat tue sentiasa bersama . kalau lah ubat tue boleh bercakap , pastinya akan keluar ayat '' aku rimas '' dari dea . kenapa ? sebab setiap waktu kena mengadap aku . tak cukup dengan perubatan moden , kampung pun aku pernah cuba . sampaikan ulat pisang pun aku makan . yaa , jangan geli . ini semua untuk menghilangkan penyakit . ulat tue dipanggang dan dicampur dengan air . dan aku minum . alhamdulillah , lega buat seketika . tapi , bukan selamanya . usaha dah , yang tentukan hanyalah DIA :) . aku terima semua nie seadanya . aku berterima kasih kerana DIA sentiasa mengingatkan aku . untuk adek , akak mintak maaf . akak tak berniat . akak cuma nak melawak . niat apa ? biarlah aku dengan dea jea yang tahu :) . aku maafkan segala kesalahan kau 'kawan' . sesungguhnya sebagai manusia kita kena sentiasa memaafkan bukan ? aku dah cuba untuk berbaik dengan kau . bagi aku , tak berguna kalau kita bermasam muka kerana satu sebab yang tak jelas . tapi ingat , aku dah cuba berbaik . tapi kau ? sebaliknya . membuat onar . yaa , aku akan bertahan selagi aku mampu . 

p/s : maaf jika entry panjang lebar ini membosankan . cuma bebelan ketika saket . assalamualaikum .

Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: