#Kawan

Assalamualaikum.

Dah dua hari dia pergi, maybe malam nie dia balik. Rindu dia sangat sangat lah kan. Tapi takpe, just doakan dia selamat sampai dekat Kulim nie hah. Untunglahh pegi jauh jauh dapat enjoy. Kita kat sini teringat jea. Btw, Khamis nie shiffa schizophrenia ajak pegi Genting. Tapi aku tak tahu lagi doh. Rasanya macam mak aku tak kasi jea jayjayy. Sorry T.T

Kemarin ikot Shah pegi photoshoot dekat tasek Kulim. Aku dapat kenal dengan sorang budak hot nie. Atyn Benassi. Actually mula mula tue memang segan bapak ahh dengan dia. Tapi lama lama dah boleh get along. Dia cute, sporting, pandai bercakap. Comel doh. Atyn, nice to know you dear. Nanti kita lepak sama sama lagi ehh. Then I ajar you pakai shawl tau baby? :D

Okayyyy, tue bukan topic dia. Topic dia sekarang pasal kawan. Banyak jenis kawan ken dalam dunia nie? Kayy, sekarang orang terdekat aku pun ada masalah nie. Haiyoo deyy. Jangan cari kawan yang hanya ada dengan kita bila kita tengok tv sambil makan popcorn lepastu bila kita terkentut dia saja buat buat tak tahu sebab nak jaga hati kita takot kita tak bagi popcorn tue dekat dia sikit. Faham tak? Faham tak? Kayfine. Ape pun tak boleh -..-

Jangan lah pulak rasa diri kita tue perfect sangat hotstapp sangat sampai kawan pun nak memilih. Lepak chill relax lah bhaii. Kemana sangat kau boleh bawak kalau kau hotstap sekalipun? Lain lah kalau kau beratur nak beli mcD pastue kau cakap, ''cik, saya hotsap. Bagi saya order dulu boleh?'' Kalau macam tue aku pun nak jadik hotstap jugak. Takpayah sibuk sibuk nak beratur sebab nak beli sebijik GCB tue jea -,-'

Bila kawan kau tue dah ikhlas kawan dengan kau, kau boleh nampak. Dia terlalu berhati-hati sampai taknak kau terluka sikit pun. Kalau kau nak pinjam barang dia, even yang paling mahal dan mak dia cakab jangan bagi orang pinjam sekalipun, dia akan bagi kau pinjam jugak. Tanak kau terasa sebesar kuman punye hal. Can't you see that? See? Seeeeeeee?

Kalau ade benda sebesar zarah sekalipun yang kau tak suka pasal kawan kau tue, cakab terus terang. Tak payah nak mengutuk belakang dia. Dia dah ikhlas kawan dengan kau lepastu kau soksek soksek belakang pulak. Dahla kau tue hipokrit. Depan dia lain, belakang dia lain. Geng geng kau yang lain pun kau kutuk. Kutuk sesama sendiri lah katakan. Haha,  memang sesuai lah dengan muka awak ; kata cikgu sejarah aku.

Oh yeaa, kalau kau layan kawan kau baik, dia layan kau baik jugak. Karma kann? Kalau kau layan dia macam tahi, dia layan kau macam babi. Hikhok.

Nak tahu contoh kawan yang baik?


  • Bila kau pergi jamban nak berak, dia tolong pegangkan pintu untuk kau sebab pintu tue rosak takleh kunci.
  • Kau kentut lepastue kawan kau rela ambik bau kentut kau sebab dia tanak kau kecil hati.
  • Bila kau korek hidung dia ignore even kau tercalit dekat baju dia.
  • Masa exam, dia sanggup bagi paper dia untuk kau tiru.
  • Kalau ada tahi kelawar masa nak naik lab bio, dia sanggup buang tahi tue sebelum kau lalu situ.
  • Dia sanggup bagi choki choki yang dia baru beli tue dekat kau sebab kau buat muka kesian macam palat.
Okay dah. Abaikan semua yang di atas. Kau pun tahu kan kawan yang baik tue macam mana? Tak payah la aku nak kasi tahu lagi kann. Entry nie bukan untuk sesiapa. Cuma untuk suka suka. Pengajarannya, cari dan jadi seorang kawan yang baik :D

p/s : Landmarkkkkk

Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: