Aku Benci Hari Nie .

Assalamualaikum .
Hai anak-anak sekalian . Hari ni kita belajar pasal perkataan BANGANG . BANGANG yee anak-2 . Bangang bermaksud sangat bangang kerana kebangangan yang terlampau serta dibangangkan oleh orang-2 yang bangang . Okay , faham tak anak-2 ? Tak faham ? Baguslah kalau tak faham . Memang tue yang kita nak . Confirm nanti BM dapat A plusplus .

Abaikan kemerapuan saya kat atas . Hari nie saya ingin berbahasa baku kerana cikgu saya cakap Bahasa Melayu itu indah . Pada pagi tadi , terdapat raptai Hari Anugerah Cemerlang untuk pelajar yang terlibat dalam Kawalan Kehormatan . KRS Putri terpaksa bergabung bersatu dengan KRS Putra . Langkah mereka sangat besar sekali sehingga kami yang kecil kemetot ini tidak mampu melangkah . Jadi , saya pun menjerit '' woi orang depan , langkah kecik la sikit '' . Hal ini kerana saya sangat kecil dan berada di tengah dan saya turut berasa seperti hendak putus kaki kerana kaki saya tidak boleh langkah besar .

Kemudian , datang dua orang pakcik polis yang bajet hot dan sangat comel . Mereka sangat membuatkan hati kami semua panas macam air baru mendidih . Terdapat juga beberapa orang yang menyumpah mereka dengan perkataan $(%)*$)_)@_!#* . Termasuk lah saya . Nak gelak sikit . Haha . Okay dah . Mereka menyuruh kami mengulang perbuatan masuk ke dalam kawalan sebanyak beberapa kali tanpa memberi rehat . Kami pun memprotes dan memberitahu mereka yang kami lapar . Mereka beri kami masa selama sepuluh minit untuk rehat .

Semasa rehat , terdapat seorang budak lelaki yang gila lagi psiko meligan saya . Saya menyorok di belakang Aini Elmo dengan penuh rasa takot . Dia tunggu lama di situ dan saya rasa nak menangis . Tetapi saya belum menangis . Kami pun meneruskan latihan Kawalan Kehormatan dengan penuh rasa menyampah dan meluat . Cuaca pada masa itu sangat menyenangkan sehingga saya rasa muka saya dah burn . Habisslahh .

Selepas itu , kami tidak masuk ke kelas . Kami bersembang dengan Cikgu Zawawi kerana memprotes tentang perbuatan mereka yang membuat tak tau terhadap kami . Serius kami rasa dipinggirkan . Dan saya pun dengan penuh rasa tak malu , bercakap dekat cikgu '' Cikgu , tak masuk kelas boleh dak ? Letih lah . Mengantok . Lpaq pulak tue . " Dan cikgu berkata okay . Kami semua tersenyum bagai kanak-2 riang mendapat mainan kerana seronok sebab tak payah masuk kelas .

Semasa pulang , budak lelaki yang gila itu memanggil dan menunggu sayaaa . Saya berasa takot dan menyorok lagi di belakang Kak Hanis sambil menangis .  Malunyaa saya kerana menangis . Tapi dah saya takot , saya nangis jelah . Awak boleh ? Tak boleh kan ? Haha . Saya pun keluar ke depan bersama geng bas sekolah yang comel-2 . Dan datanglah sekumpulan mamat handsome dari SMKK . Termasuk lah pakwe saya , Encik Firdaus Mahmud .

Saya tak boleh control ketakutan dan termenangis lagi di hadapan Mira Rara . Malangnya , Firdaus dan Isa ternampak saya menangis . Malu betul . Masa itu Isa bertanya saya tentang rumah budak gila itu . Mukanya pasa masa itu sangat garang seperti harimau nak makan singa . Apakah ? -,-' . Saya takot melihat mukanya itu . Kemudian , mereka pun blah .

Saya masuk ke dalam sekolah dan pergi ke dewan . Saya belajar main gendang dengan Hidayah . Sekali belajar pun dah dapat . Terer kan ? Tepuk tangan sikit . Selepas itu , saya pergi jumpa dengan Firdaus lagi dekat depan sekolah . Lepastu saya balik . *Bajet tak larat nak taip dah niii .

Okay . Saya nak tunjuk gambar sayang saya . Tengok bawah yee anak-2 :D



Comel kan sayang sayaa ? Yeee , dea memang comel . Jangan ambik dea okay anak-2 ? :))

Adik p kedai , kbyee :D

p/s : Aku mengarut sikit dalam entry nie . Baca jelah okay ? Loveyou readers :)

Masyehh awok (: Tekan LIKE pulak yee :p

No comments: